Skuad Akademi JDT Muncul Juara Kejohanan Antarabangsa SingaCup 2019

Ubi JDT terus menyinar apabila skuad Harimau Selatan Bawah-16 Tahun itu muncul juara Kejohanan Antarabangsa SINGHA CUP 2019.

Lebih menarik, JDT turut mempunyai dua wakil di perlawanan akhir kejohanan tersebut, apabila skuad Bawah-12 Tahun muncul naib juara di peringkat umur tersebut.

Skuad B-16 JDT muncul juara selepas menewaskan wakil dari Australia, Football West Australia 3-0 di perlawanan akhir.

Kejohanan tersebut yang diadakan di Singapura bermula sejak 4 November lalu melabuhkan tirai pada hari ini untuk kategori Bawah-12 dan Bawah-16 Tahun.

AKADEMI JDT BAWAH-16 JUARA PERTANDINGAN SINGACUP 2019

Tahniah kepada Akademi JDT Bawah-16 yang telah menjuarai…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, November 6, 2019

Manakala skuad B-12 kelab bola sepak di selatan tanah air itu terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas 3-1 kepada Okky Youth Soccer daripada Indonesia.

Pasukan B-16 Tahun JDT mara ke perlawanan akhir selepas mengetepikan cabaran wakil Singapura, Sporting Club de Portugal dengan jaringan 5-0 di separuh akhir.

Malah JDT B-16 juga adalah juara Kumpulan B kejohanan tersebut selepas merekodkan empat kemenangan (semua menang), menjaringkan 17 gol dan hanya dibolosi sekali sepanjang saingan peringkat kumpulan.

Lebih menarik ialah pemain Bawah-12, Azmer Masri Bin Ahmad dan pemain Bawah-16, Amirul Faqhi bin Jalil muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan bagi kategori masing-masing.

Manakala Aiman Danish bin Andul Azim pula dipilih selaku Pemain Terbaik Kejohanan.

SINGACUP 2019 ? Congratulations to our Young Tigers! ???

Final

• JDT U16 [3-0] FOOTBALL WEST (AUS)
• JDT U12 [1-3]…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, November 6, 2019

Selain daripada Indonesia, Singapura dan Australia; antara pasukan lain yang mengambil bahagian adalah Jepun, India dan juga Nepal.

Sebelum ini skuad muda JDT muncul juara kategori Bawah-12 Tahun, Bawah-14 dan Bawah-17 Tahun di pertandingan anjuran MSSM, KPM dan FAM. Kesemua pemain ini adalah keluaran daripada Akademi Bola Sepak JDT.

Kejayaan terbaru ini membuktikan program pembangunan akar umbi di JDT berada di landasan tepat untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu sukan bola sepak – bukan sahaja untuk JDT tetapi juga negara amnya – pada masa hadapan.

Tahniah buat skuad muda Harimau Selatan!

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN