Sistem VAR: Apa Pendapat Pembaca Semuanya BOLA?

Musim panas ini menyaksikan sistem Video Assistant Referee (VAR) giat diuji dipelbagai kejohanan.

Kejohanan seperti Piala Konfederasi dan Piala Dunia B-20 di Korea Selatan telah menggunakan sistem VAR ini bagi menguji sejauh mana keberkesanan sistem ini kepada bola sepak.

Terdapat beberapa insiden yang telah memberi kesan hasil daripada VAR ini.

Baru-baru ini, laman Twitter Semuanya BOLA di @mysemuanyabola telah melakukan satu bancian ringkas mengenai pendapat anda semua mengenai sistem VAR ini.

Hashtag #SayaDanVAR telah digunakan dalam perbincangan ini dan hasilnya cukup baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Hilang drama

Bagi sesetengah dari anda, sistem VAR telah membunuh keseronokan dalam bola sepak.

Sistem VAR dikatakan telah membunuh elemen drama dalam permainan bola sepak yang sudah sebati dengan permainan ini.

https://twitter.com/ajimzalil/status/876869277109714945

Akan tetapi, ada juga yang menerima kehadiran sistem VAR ini. Bagi mereka, ia dapat menghapuskan kesilapan pengadil yang memberi kesan besar kepada perlawanan.

Masih ingat insiden perlawanan Chelsea dan Barcelona pada 2009?

Ada juga yang menyokong sistem VAR ini diteruskan, bagi mengelakkan ada penyokong ‘meroyan’ apabila mereka menjadi mangsa.

Masa terlalu lama

Ada diantara anda yang tidak gemarkan sistem VAR ini kerana ia mengambil terlalu lama masa untuk keputusan dihasilkan.

https://twitter.com/ahmadsyhmi/status/876792357319880704

https://twitter.com/raheemismael_/status/876858288649887744

https://twitter.com/Brogaram/status/876782089122664448

Ikut cara sukan lain

Ada yang mencadangkan agar sistem VAR bola sepak ini dihadkan seperti sukan badminton dan tenis.

Dalam sukan badminton, seorang pemain hanya dibenarkan untuk menggunakan teknologi hawkeye yang merupakan sistem yang hampir serupa dengan sistem VAR sebanyak 3 kali sahaja pada setiap set.

Apa pun, sistem VAR ini masih lagi di peringkat percubaan dan masih punya cacat celanya. Banyak lagi perlu diperbaiki.

Terima kasih kepada anda semua yang mengambil bahagian di Twitter kami. Kali ini, kami nak tahu pendapat anda yang berada di Facebook pula. Ayuh!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN