Sejarah Nombor Jersi & Kaitannya Dengan Posisi Pemain (Era Chapman Hingga Guardiola)

Nombor jersi dan peranan pemain di dalam padang adalah satu konsep asas dalam bola sepak.

Anda pasti pernah tertanya-tanya – kenapa pengulas di televisyen atau penganalisis taktikal kerap menggunakan istilah seperti ‘pemain no.9’, ‘posisi no.6’ atau ‘peranan no.8’. Apa maksudnya?

Kami juga selalu menggunakannya. Musim lalu, Kami kerap menggelar Martin Lucero, penyerang JDT sebagai modern no.9, sedangkan beliau memakai jersi bernombor 19. Matias Hadwa pula kami gelar sebagai pemain no.10, sedangkan beliau memakai jersi bernombor 30.

Apa maksudnya?

Secara ringkasnya, ia merujuk kepada posisi seseorang pemain dalam taktikal pasukan. Bukannya nombor jersi pemain. Ini bermakna Aidil Zafuan bukannya ‘pemain no.7’. Sebaliknya beliau merupakan ‘pemain no.5’.

aidil_zafuan-1

Persoalannya mengapa?

Untuk menjawab, kami menulis artikel ini kerana masih ramai peminat bolasepak tempatan tidak memahami konsep nombor jersi ini.

Sejarah awal

Semuanya bermula ketika perlawanan pembukaan Divisyen 1 England. Sheffield Wednesday menentang pasukan pelawat, Arsenal pada 25 Ogos 1928.

Pada hari bersejarah tersebut, penyokong yang datang ke Hillsborough Stadium pada ketika itu nampak sesuatu yang ganjil di jersi pemain Arsenal.

Pemain Arsenal yang pada ketika dilatih oleh pakar taktikal, Herbert Chapman dilihat memakai jersi yang tertera nombor di belakangnya.

Pada hari yang sama di Divisyen 2 England, Chelsea melayan kunjungan Swansea Town di Stamford Bridge.

Seperti penyokong yang datang ke Hillsborough Stadium, pengunjung Stamford Bridge dapat melihat semua pemain Chelsea – kecuali penjaga gol – memakai jersi yang tertera nombor di belakangnya.

Arsenal tewas 2-3 kepada Wednesday. Manakala Chelsea pula menang 4-0. Dan pada hari tersebut buat kali pertamanya di England, pemain bola sepak memakai jersi bernombor.

Pencipta asal – Arsenal atau Chelsea?

Laman web rasmi Arsenal mendakwa Herbert Chapman adalah pengurus pertama yang memperkenalkan inovasi nombor jersi ini di England.

Tetapi beberapa blog di England mendakwa idea asal nombor jersi ini datang dari David Calderhead, pengurus Chelsea yang terlebih dahulu mencubanya pada tahun 1927. Dakwaan ini dibuat berdasarkan artikel bertajuk ‘A Football Innovation’ di akhbar Dublin Evening Mail pada 16 Ogos 1927.

numbered-jerseys-scan

Pada ketika itu, Chelsea menggunakan nombor pada jersi untuk membantu penonton mengenali pemain Chelsea ketika perlawanan ujian.

Ideanya adalah supaya penonton serta-merta tahu ‘pemain no.2 sentiasa bermain di bahagian pertahanan sebelah kanan’.

Idea ini kemudiannya dicuba pakai oleh Herbert Chapman di Arsenal supaya penyokong dapat menjejak pergerakan pemain-pemainnya dalam formasi W-M beliau.

2222

Nombor dan posisi pemain dalam 4-4-2

Sistem pernomboran posisi pemain pada mulanya diasaskan mengikut formasi 2-3-5.

main-qimg-41a72b098b60f961614daf2b656c6e30

Selepas itu, ia diasaskan mengikut formasi W-M Herbert Chapman pula. Apabila ia semakin tidak relevan dalam bolasepak moden, sistem pernomboran posisi pemain diasaskan berdasarkan formasi 4-4-2 yang lebih popular pula.

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan sistem pernomboran posisi dalam formasi 4-4-2 (putih hitam) dengan formasi ‘W-M’ Herbert Chapman (merah kuning).

wm442

Secara ringkasnya, posisi untuk nombor-nombor dalam formasi 4-4-2 adalah:

  1. Penjaga gol
  2. Bek kanan
  3. Bek kiri
  4. Pemain tengah defensif/deep lying playmaker/defensive midfielder/holding midfielder/volante
  5. Bek tengah
  6. Bek tengah
  7. Pemain sayap kanan
  8. Pemain tengah ofensif/box-to-box midfielder/secondary playmaker
  9. Penyerang utama/target man/false nine
  10. Penyerang kedua/chief playmaker/trequartista/enganche/attacking midfielder/false ten
  11. Pemain sayap kiri

Jika sesebuah pasukan bermain formasi 4-3-3 pula, kebiasaannya pemain no.10 – the chief playmaker – akan bermain di jentera tengah, bersama pemain no.8 dan no.4.

433

Modifikasi sistem pernomboran posisi pemain dalam bola sepak moden

1. Pemain no.4 dan no.6

Apabila peranan taktikal pemain dalam bola sepak moden menjadi lebih kompleks, kaitan nombor jersi pemain dengan posisinya menjadi semakin lemah atau ‘loosely-defined’.

Sebagai contoh pada zaman dahulu, pemain no.4 pasti akan bermain sebagai holding midfielder.

Bagaimanapun hasil inovasi Pep Guardiola dalam formasi 4-3-3 Barcelona, pemain no.4 mereka – Sergio Busquet – diarahkan bermain sebagai holding midfielder dan bek tengah (tugas pemain no.4 atau 5) secara serentak!

Peminat bola sepak yang bermain Football Manager mengenali tugas ini sebagai ‘half back’.

Ia mula-mula digunakan oleh Guardiola (kemudian diguna pakai Luis Enrique) untuk membantu Barcelona merancang serangan dari bawah ketika ditekan (pressed heavily) oleh pasukan yang menggunakan 2 penyerang.

Barca v Atleti 2_zps7vxsishl

Hasil inovasi Guardiola, kini pemain-pemain no.4 dari pelbagai pasukan juga melakukan tugas sama di pasukan lain. Contohnya Michael Carrick (Manchester United) dan Casemeiro (Real Madrid).

Ini menjadikan mereka telah dilabel bermain peranan no.6. Pemain itu akan digelar bermain no.6 apabila diberikan tugasan untuk bertahan dalam posisi defensive midfielder.

Jika Carrick berganding dengan seorang pemain yang bermain defensive midfielder, bermakna dia sedang bermain no.4.

No.4 lebih dikaitkan kepada pemain yang fokus kepada hantaran dan agak kurang beban ketika bertahan. Sebab itu dalam bola sepak moden hari ini, baka no.4 ini harus ada kemampuan bermain no.6.

No.6 lebih dikaitkan dengan pemain tengah yang mampu bertahan dan menghantar bola.

Namun jika Carrick adalah pemain yang paling belakang dalam struktur pemain tengah seperti dalam sistem Mourinho, bermakna dia sedang bermain no.6.

Anda masih ingat gandingan Mascherano-Alonso? Itu antara contoh gandingan no.4 dan no.6. Mascherano adalah no.6 dan Alonso adalah no.4.

Di Malaysia, kita mempunyai Amirul Hisyam yang melakukannya di Kedah dan Azrul Ahmad di Pulau Pinang (ketika diurus Mamu Jackson.

Jadi, no.6 yang ada pada hari ini lebih kepada definisi Chapman berbanding dengan struktur 4-4-2.

Pada hari ini agak sukar untuk melihat pemain bermain peranan no.4 semata-mata di dalam padang. Bahkan Pirlo dan Alonso pun diarahkan untuk bermain no.6.

Di Chelsea, pemain seperti Fabregas antara contoh pemain yang masih merupakan no.4. Membuatkan beliau kerap tidak menjadi pilihan oleh Conte dalam sistem yang memerlukan pemain pivot lebih banyak turun naik dan mampu bertahan.

2. Pemain no.9 dan no.10

Bercakap tentang pemain no.9, peminat bola sepak pasti mengaitkannya dengan penyerang seperti Ronaldo (Luis Nazario de Lima), Alan Shearer, Ian Rush atau Robbie Fowler.

Bagaimanapun sekali lagi hasil inovasi Pep Guardiola dalam formasi 4-3-3 Barcelona, pemain no.9 mereka pada musim 2009/2010 – Lionel Messi – diarahkan bermain sebagai false nine.

Dalam tugas ini, Messi diarahkan mengisi posisi penyerang utama (pemain no.9) ketika Barcelona hilang penguasaan bola.

Tetapi apabila pasukannya memperolehi penguasaan bola, beliau akan turun ke bawah untuk mengutip bola dan merancang serangan dari bawah – seperti chief playmaker (pemain no.10)!

Fungsi false nine di Barcelona selalunya digabungkan dengan false ten.

Tugas false ten – kebiasaannya digalas Cesc Fabregas – pula adalah mengisi posisi penyerang utama (pemain no.9) yang ditinggalkan Messi. Inilah yang biasa dilakukan Fabregas pada musim 2012/2013 ketika di Barcelona.

Nombor alternatif

Bagi sesetengah pemain, nombor jersi yang dipakai oleh mereka perlu mempunyai kaitan dengan tugas mereka di padang.

Mungkin kerana ada nilai sentimental kepada mereka, ini mungkin menjelaskan sebab mengapa penyerang seperti Mario Balotelli memilih nombor 45 (4+5=9)…

Mario-Balotelli-at-Melwood-on-August-25

….Ivan Zamorano memilih nombor 18 (1+8=9)…

sa

….dan Ronaldo memakai no.99 apabila nombor 9 sudah diambil pemain lain.

Seperti yang kami tekankan sebelum ini, kaitan nombor jersi pemain dengan posisinya menjadi semakin lemah atau ‘loosely-defined’ apabila taktikal bola sepak moden menjadi semakin kompleks.

Ini yang paling banyak berlaku sekarang. Pemilihan nombor jersi lebih bersifat bebas dan tidak semestinya mewakili posisi pemain.

Contohnya Nicklas Bendtner dan Asamoah Gyan yang menggemari no.3.

nicklas-bendtner-inter-wolfsburg-europa-league_2wtmu17m7m9f1vak2cm188t3v

Manakala lagenda Argentina, Osvaldo Ardiles pula gemar menyarung nombor jersi nombor 1 walaupun tidak bermain sebagai penjaga gol.

interesting shirt numbers in football

Penjaga gol Mexico, Jorge Campos pernah memakai no.9 dan juga no.19 ketika mewakili Mexico.

15 Jun 1997: Jorge Campos of the Los Angeles Galaxy in action during a game against the Tampa Bay Mutiny at the Rose Bowl in Pasadena, California. The Galaxy won the game, 4-1.

David Beckham pernah meminta nombor 77 ketika menyertai Real Madrid kerana no.7 sudah dipakai Raul Gonzalez. Tetapi kelab tidak membenarkannya. Akhirnya Beckham memilih no.23 hasil inspirasi daripada bintang NBA, Michael Jordan.

Pemain seperti Andrey Shevchenko (no. 76), Ronaldinho (no. 80), dan Mathieu Flamini (no. 84) pula menggunakan nombor yang mewakili tahun kelahiran mereka (1976, 1980 dan 1984).

ac-milan-number-trio

Baca juga: Cerita Disebalik Nombor Jersi Yang Pelik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN