Bagaimana Sistem Man-Marking Manchester United Berfungsi Ketika Final UEFA Europa League

Betullah kata Sir Alex Ferguson, “penyerang beri anda kemenangan, pertahanan beri anda kejuaraan.”

Dalam konteks ini, ia sangat bertepatan dengan pendekatan taktikal Manchester United ketika menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 dalam perlawanan akhir UEFA Europa League 2016/2017 semalam.

Dalam perlawanan tersebut, jelas Jose Mourinho menekankan pendekatan pragmatiknya – menggunakan sistem man-marking ketika hilang penguasaan bola dan menyasarkan hantaran jauh mereka kepada Marouane Fellaini untuk menyerang balas.

Bagaimana United menyerang

Dalam post Facebook terbarunya, penganalisis taktikal kami, Axello Tacts menjelaskan bahawa Marouane Fellaini merupakan pemain yang paling penting bagi Jose Mourinho pada malam itu.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

Larian Fellaini ke ‘titik panas’ (kawasan pemain berusia 17 tahun, Matthijs de Ligt beroperasi) membolehkan Paul Pogba dan Sergio Romero membuat hantaran jauh dan seterusnya, menghasilkan keadaan kelam-kabut di kawasan kubu Ajax.

Menurut tulisan Axello, Fellaini menggunakan ruang di kawasan ini untuk mencipta ‘lay-off passes’ kepada Juan Mata, Marcus Rashford dan Henrikh Mkhitaryan.

Pengurus dan pemain Ajax Amsterdam mungkin mengkritik pendekatan bola sepak ortodoks Manchester United pada malam itu. Peminat bola sepak Malaysia mungkin menyamakan taktikal United itu dengan majoriti pasukan liga di Malaysia.

Tetapi taktikal long ball United itu bersistem. Mempunyai strategi dan sasaran. Mourinho tahu apa yang beliau lakukan.

Anda boleh baca keseluruhan analisis Axello Tacts mengenai perlawanan tersebut di bawah:

Bagaimana sistem man-marking United berfungsi

Ketika United hilang bola, mereka terus melaksanakan sistem man-marking untuk menggagalkan dominasi 3 pemain tengah Ajax – Lasse Schone, Hakim Ziyech dan Davy Klaassen.

Pujian harus diberikan kepada Ander Herrera. Skil kepimpinan dan pintasan hantarannya bertaraf dunia. Anda boleh lihat contohnya dalam video di bawah:

Transisi United daripadan 4-2-3-1 kepada 4-1-4-1 semasa hilang penguasaan bola adalah sesuatu yang menarik (kepada peminat taktikal bertahan) untuk disaksikan berulang-ulang kali.

Perhatikan juga kesanggupan pemain United yang lain untuk menutup ruang yang ditinggalkan rakan sepasukan mereka yang melakukan man-marking.

Dalam erti kata lain, taktikal ini berjaya kerana kerjasama sepasukan yang ditunjukkan oleh pemain Manchester United dan paling penting – ketajaman penyudah United di depan gol.

Sumber video: Mindfootballness

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN