Sinisa Mihajlovic Terlalu Garang, Kata Pemain AC Milan

Sinisa Mihajlovic telah dipanggil menghadap majikannya selepas pemain-pemain AC Milan mengadu gaya pengurusannya terlalu kasar bagi mereka.

Mihajlovic baru mengambil alih i Rossoneri daripada Filippo Inzaghi pada musim ini.

Pada perlawanan pembukaan Serie A, Milan tewas 0-2 kepada Fiorentina. Bagimanapun mereka bangkit menang 2-1 ke atas Empoli pada perlawanan kedua liga.

Selepas kemenangan menentang Empoli, Mihajlovic mengatur satu perlawanan persahantan dengan kelab Serie C, Mantova.

Perlawanan tersebut diadakan untuk mengembalikan tahap kecergasan pemain dan menguji pemain simpanannya.

Antara pemain ‘simpanan’ yang terlibat adalah Luiz Adriano, Andrea Poli dan Mario Balotelli.

Meskipun menang 3-2, Mihajlovic nyata sangat tidak berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pemainnya. Selepas perlawanan, Mihajlovic dipetik berkata:

“Dalam perlawanan tadi, pemain simpanan kami yang bermain. Dan daripada persembahan mereka, anda boleh tahu kenapa mereka pemain simpanan.”

“Perlawanan ini dibuat supaya pemain simpanan kami dapat peluang bermain. Tapi sekarang mereka tak boleh nak bising lagi kenapa mereka tak dapat bermain. Persembahan mereka sendiri menunjukkan mereka tak boleh bermain bola sepak.”

“Saya ada keraguan kepada semua pemain yang bermain tadi. Saya dah bagi peluang bermain. Tapi mereka sendiri membuktikan kepada saya kenapa mereka tak layak bermain dalam kesebelasan utama.”

Balotelli menjaringkan 1 gol cantik dan menyumbang 1 gol dalam perlawanan itu.

Apabila wartawan meminta Mihajlovic memberi komen terhadap persembahan Balotelli, beliau menjawab:

“Kami lawan pasukan Serie C. Dia masih belum cergas dan perlu memperbaiki lagi persembahannya. Sama macam pemain lain.”

Kritikan terbuka Mihajlovic ini mengundang rasa tidak senang kepada pemain Milan. Ini mendorong mereka untuk mengadu kepada ahli lembaga pengarah Milan.

Menurut laporan La Gazzetta dello Sport dan Football Italia, Mihajlovic dikehendaki menghadap Presiden Silvio Berlusconi dan CEO Adriano Galliani pada malam 4 September lepas untuk menjelaskan situasi sebenar.

Bagi penyokong AC Milan, gaya pengurusan Mihajlovic amat dialu-alukan. Ini berbeza dengan gaya pengurusan Inzaghi yang sentiasa membela pemainnya. Walaupun mereka gagal layak ke Eropah.

Selepas ini, Milan akan berdepan dengan ujian besar dalam Serie A. Mereka akan bertemu Inter Milan dalam pertemuan Derby della Madonnina.

Baca juga: ARRIGO SACCHI: DARI JURUJUAL KASUT KEPADA PENGURUS PASUKAN LAGENDA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram