Singapura Tarik Diri Jadi Tuan Rumah Piala AFC, Kedah & Terengganu Terkesan

Piala AFC

Salah sebuah tuan rumah bagi Piala AFC, Singapura telah mengesahkan yang mereka bakal menarik diri sebagai tuan rumah kejohanan itu.

Keputusan itu dibuat akibat kebimbangan terhadap wabak COVID-19 yang kembali melanda rantau Asia.

Menurut laporan Channel News Asia, keputusan yang dilakukan oleh FA Singapura (FAS) untuk menarik diri adalah disebabkan oleh ingin menjaga kebaikan semua pihak.

“Demi kebaikan pemain, pegawai dan komuniti setempat, FAS membuat keputusan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Piala AFC 2021.”

Menurut FAS, situasi membimbangkan COVID-19 di beberapa negara sekitar Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand membuatkan mereka memilih untuk menarik diri.

Keputusan itu telah dibuat walaupun mereka telah pun berusaha keras memastikan persekitaran yang baik untuk kejohanan dengan melakukan kerjasama erat dengan pihak-pihak yang terlibat.

Penarikan diri Singapura memberikan kesan kepada saingan kumpulan H dan I serta dua wakil Malaysia iaitu Kedah Darul Aman dan Terengganu yang beraksi di sana.

Pihak AFC masih belum memutuskan pengganti kepada Singapura untuk hal ini.

Baca juga artikel terkini kami:

Dulu Kejarkan Real Madrid, Kini Max Allegri Patah Balik Ke Juventus

N’Golo Kante ‘Pekena’ Dulu Nasi Lemak, Cari Tonik Hadapi Final UCL

Harimau Malaya Hadapi Laluan Sukar Selepas FIFA Sah Akan Tolak Mata

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply