Sukan SEA: Singapura Bungkus Sebelum Sentuh Bola, Vietnam Hampir Mara

Vietnam menang 1-0 ke atas Singapura dalam saingan kumpulan B – bagi acara bola sepak lelaki.

Pasukan seberang tambak itu tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan peringkat kumpulan B.

Hakikatnya, pasukan Singapura yang juga dikenali sebagai Singa Muda, sebenarnya sudah pun tersingkir sebelum menyepak bola sekalipun dalam aksi berhadapan dengan Vietnam – di Stadium Memorial Rizal.

Ini selepas Thailand menang 2-0 ke atas  Laos dalam aksi yang menyaksikan Suphanat menjaringkan 2 gol pada minit ke-90 dan 1 gol lagi pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Fokus tertumpu kepada Vietnam yang mahu menentukan kemaraan mereka. Tandukan oleh Ha Duc Chinh pada minit ke-84, memastikan anak-anak buah Park Hang Seo hamoir pasti mara ke pusingan kalah mati.

Vietnam mengekalkan rekod sempurna dalam kumpulan B – Vietnam menang 4 kali daripada 4 perlawanan. Namun masih belum sah mara.

Itu sudah cukup membuktikan betapa sengitnya saingan kumpulan B ini.

Singapura  bukan sahaja tewas 3 kali berturut-turut, malah gagal menjaringkan gol dalam kesemua 4 perlawanan setakat ini dalam Sukan SEA.

Ia memberikan isyarat bahawa, segalanya serba tidak kena buat pasukan Singapura. Sesuatu harus mereka lakukan untuk memperbaiki prestasi.

Vietnam kini dalam misi mahu memastikan mereka mara sebagai juara kumpulan B. Tetapi mereka juga perlu mengelak malapetakan tersingkir. Ini kerana aksi terakhir mereka adalah berhadapan dengan Thailand.

Vietnam hanya perlu mengelakkan mereka kalah untuk mara.

Vietnam tampil sebagai pasukan pilihan untuk memenangi emas acara bola sepak pada kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN