Simulasi Komputer Jangka Liverpool 100% Jadi Juara Premier League

BBC melaporkan berdasarkan 100,000 simulasi komputer yang dibuat oleh Euro Club Index, Liverpool muncul juara Premier League dalam semua 100,000 simulasi tersebut; sekaligus memberi kebarangkalian 100%.

Ketika ini The Reds mempunyai pendahuluan sebanyak 25 mata di hadapan Manchester City di tangga kedua liga.

City mempunyai lagi 10 baki perlawanan yang mampu memberikan 30 mata untuk memintas Liverpool dan menjadi juara Premier League secara matematiknya. Tetapi simulasi komputer ini turut mengambil kira kekuatan relatif Liverpool dan lawanya dalam baki 9 perlawanan.

Setiap simulasi yang dibuat oleh Euro Club Index meramalkan Liverpool tetap menjadi juara.

Mengikut situasi sekarang, satu-satunya jalan yang akan meragut status Liverpool sebagai juara adalah jika Premier League membatalkan liga seperti yang dicadangkan oleh West Ham.

Harapan West Ham ini nampak samar-samar selepas Premier League menyatakan hasrat mereka untuk menamatkan juga musim ini tanpa pembatalan.

Bukan sahaja menjadi juara – simulasi komputer juga meramalkan Liverpool akan menjadi juara Premier League dengan rekod 102 mata. Ini sekaligus menewaskan rekod mata terbanyak dalam satu musim yang dibuat oleh City pada musim 2017/2018.

Barcelona akan jadi juara LaLiga

Simulasi komputer tersebut turut meramalkan pasukan-pasukan yang sedang mendahului liga sekarang akan bergelar juara pada akhir musim.

Bayern Munich mempunyai kemungkinan sebanyak 84.37% menjadi juara Bundesliga. Juventus pula diberi kemungkinan sebanyak 83.98% untuk mengecapi kejuaraan kesembilan Serie A.

Paris St-Germain mempunyai kemungkinan hampir sempurna, iaitu sebanyak 99.98% untuk bergelar juara Ligue 1. Sementara itu Barcelona mempunyai 74.22% kemungkinan untuk mengecewakan Real Madrid dan bergelar juara LaLiga.

Manchester United bakal masuk Champions League

Satu perkara yang menarik dapat disimpulkan dari 100,000 simulasi komputer ini adalah Manchester United mempunyai kebarangkalian sebanyak 73.75% untuk mengekalkan tangga kelima mereka di Premier League.

Dengan musuh tradisi mereka, Manchester City telah digantung penyertaan mereka dari kejohanan Eropah selama dua musim kerana melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP), United akan menggantikan tempat mereka di UEFA Champions League.

Leicester (94.81%) dan Chelsea (80.37%) melengkapkan ‘top 5’ dalam Premier League.

Wolves dan Tottenham pula hanya diberi kebarangkalian sebanyak 17.34% dan 16.24%, mengikut urutan, untuk memecah masuk dalam kelompok pasukan top 5.

Tetapi setidak-tidaknya Spurs disokong oleh simulasi komputer untuk menamatkan musim mereka di atas musuh tradisi, Arsenal.

Bagaimanapun simulasi komputer ini memberi berita kurang baik kepada Sheffield United yang berada lima mata di belakang Chelsea di tangga keempat.

The Blades hanya diberi peluang 7.59% untuk memintas Chelsea.

Villa dan Norwich bakal tersingkir

Simulasi yang dibuat oleh Euro Club Index ini memberi peluang rendah kepada Norwich City dan Aston Villa untuk kekal di Premier League.

The Canaries mempunyai kemungkinan sebanyak 89.93% untuk tersingkir ke EFL Championship. Aston Villa pula 61.84%.

Ketika ini West Ham, Watford dan Bournemouth masih berada dalam bahaya penyingkiran. Simulasi komputer memberi peluang penyingkiran paling besar kepada Bournemouth iaitu 50.06% untuk menyertai Aston Villa dan Norwich.

Siapa akan dipromosi?

Simulasi komputer ini juga meramalkan Leeds United dan West Brom – yang menduduki dua tangga teratas EFL Championship – mempunyai kebarangkalian lebih 92% untuk dipromosi ke Premier League.

Sebuah lagi pasukan yang bakal menyertai Leeds dan West Brom terdiri daripada kumpulan enam pasukan yang sedang bertarung untuk masuk play-off promosi ke Premier League.

Enam pasukan tersebut adalah Fulham, Brentford, Nottingham Forest, Millwall, Preston North end, Bristol City dan Cardiff City.

Antara enam pasukan ini, Fulham diberi peluang paling tinggi oleh komputer iaitu sebanyak 85.75%. Bagaimanapun The Cottagers akan menghadapi saingan sengit daripada Brentford dan Nottingham Forest yang diberi peluang 82.67% dan 78.37%.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Premier League:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN