Simposium Bola Sepak Negeri Sembilan Sediakan Platform Terbaik Pelajari Bola Sepak Moden

Simposium Bola Sepak Negeri Sembilan

Simposium Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFS) direka sebagai acara tahunan buat fraterniti bola sepak di Negeri Sembilan bagi tujuan “networking”, “revision” dan juga peluang untuk penggiat bola sepak mengikuti serta memahami penerangan hala tuju bola sepak negara di peringkat kebangsaan dan negeri secara lebih fokus.

Pembuat-pembuat dasar daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Kementerian Pendidikan Malaysia, pemain industri akan turun padang ke Seremban memberikan pencerahan tentang hala tuju bola sepak negara.

Siapa yang patut hadir ke simposium ini?

Pemilik akademi/kelab, jurulatih akademi/kelab, pengurus pasukan, pentadbir pasukan, pegawai pemasaran, pelajar, dan peminat bola sepak yang ingin mempelajari selok-belok bola sepak tempatan. Terutamanya penggiat bola sepak di Negeri Sembilan!

Simposium ini buat anda.

Mengapa anda patut hadir ke simposium ini?

Sekiranya selama ini anda hanya lihat di kaca mata televisyen, pihak pembuat polisi mengumumkan hala tuju bola sepak negara tanpa anda betul-betul memahaminya, ini peluang buat anda.

Pembuat polisi di peringkat nasional akan membentangkan hala tuju mereka dan “the best practices” untuk diamalkan di peringkat akar umbi, amatur dan juga swasta.

Simposium ini disusun secara berperingkat, bermula dengan pembentangan DNA Bola Sepak Malaysia dan diakhiri dengan peluang pengkomersilan pasukan.

Ini satu-satunya peluang buat akademi-akademi, kelab-kelab, persatuan bola sepak tempatan untuk bertemu secara rapat dengan mereka.

Format pembentangan disusuli sesi soal jawab. ‘Up close and personal!’

Siapa penceramah?

Simposium Bola Sepak Negeri Sembilan ini menampilkan beberapa nama yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak tanah air seperti:

  • Peter De Roo (Pengarah Teknikal FAM)
  • Saad Ichalalene (Pengarah Teknikal NFDP)
  • Dr. Pekan Ramli (Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Unit Sukan, KPM)
  • Safirul Azli Abu Bakar (Pengarah, Sportswork)
  • Izham Ismail (Ahli Lembaga Kesatuan Pemain Bola Sepak Profesional (FIFPRO) Asia/Oceania & Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM)

Pas delegasi

Terhad kepada 350 delegasi. Pas delegasi “Early-Bird” dijual pada kadar RM189 bagi pembelian 3 tiket (Diskaun 10%). Promosi bermula 27 November hingga 1 Disember 2019.

Sekiranya anda terlepas promosi ini, kadar pas delegasi per individu ialah RM70.

Tiket boleh dibeli di nsfs.ubertickets.my. Bagi pembelian tiket offline dan maklumat lanjut, boleh hubungipihak penganjur di Whatsapp +6 019 588 1810 / atau email ke [email protected].

Maklumat lanjut?

Maklumat lanjut boleh rujuk di www.negeriutd.com. Pas delegasi telah mula dijual hari ini di nsfs.ubertickets.my.

Setinggi penghargaan buat PBNS dan Pejabat YB EXCO Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan di atas pendekatan terbuka dan sokongan penuh yang diberikan.

Kepada semua delegasi, selamat datang ke #NSFS19.

Maklumat lanjut: www.negeriutd.com
Pembelian pas delegasi: nsfs.ubertickets.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN