Sikap Dermawan Oxford Buatkan Kelab Non-League Merstham Terharu

Dalam saingan Piala FA Inggeris musim 2016-17, pusingan pertama, kelab divisyen tujuh, Merstham bertemu Oxford United. Oxford United membenam pasukan tuan rumah dengan 5 gol tanpa balas.

Perlawanan tersebut telah membuka rekod baru bagi kehadiran tertinggi di stadium Merstham, Moatside. Seramai 1,920 penonton hadir menonton perlawanan tersebut.

Oxford United mengambil keputusan mendermakan separuh daripada kutipan tiket kepada pasukan tuan rumah.

oxford

Pengerusi Oxford United, Darryl Eales mengulas tindakan itu sebagai menginginkan semangat kebaikan dalam bola sepak diteruskan.

Eales berkata:

“Itulah yang kita termampu lakukan kepada mereka. Semangat saling menyokong seperti ini harus diteruskan dalam bola sepak”

Eales dapat merasakan kepayahan penyokokng kelab non-league untuk hadir ke perlawanan tersebut dan membeli tiket.

Perlu Lebih Kesedaran Kepada Kepentingan Pasukan Kecil

Eales berharap kelab-kelab besar yang lain dapat melakukan perkara yang sama kepada pasukan-pasukan kecil yang memiliki kewangan yang terhad.

mest

“Kadang-kadang anda perlu melihat dari skop yang lebih besar. Saya pernah menyuarakan hal ini kepada badan pengurusan Liga Inggeris kerana setiap kelab bola sepak memerlukan duit.”

“Ia bukan bermaksud Oxford mampu menabur duit setiap masa.”

“Tetapi, kita harus terus mencari penyelesaian menyeluruh dan pihak Liga Perdana perlu memahami bahawa setiap kelab walaupun kecil adalah saling menyokong antara satu sama lain dalam piramid ini.”

“Pembahagian yang tidak seimbang ketika ‘memotong kek’ untuk pasukan Liga Perdana adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.”

Merstham Jana 6 Angka Buat Pertama Kali

Selain daripada menerima sumbangan daripada Oxford, Merstham juga mendapat habuan lebih £100,000 hasil daripada penyiaran dan hadiah kemaraan mereka.

Mereka melepasi 4 pusingan awal dan menerima bonus kemenangan £27,500 dalam proses tersebut. Ia jumlah yang sangat besar.

ms2

Pengerusi kelab mereka, Chris Chapman berjanji akan melaburkan semua duit itu untuk infratsruktur seperti padang dan juga tempat duduk stadium kecil mereka.

Chapman berkata:

“Kapasiti semasa kami hanya boleh memuatkan 172 orang. Selebihnya harus berdiri sepanjang perlawanan yang biasanya dalam 250 orang berdiri.”

“Kami juga perlukan lampu limpah baru. Selepas itu, kami akan cuba membelanjakan bakinya untuk benda-benda lain yang kami boleh baiki atau tambah.”

Baca juga : Semangat Berpasukan Dalam Bola Sepak Yang Menjadi Contoh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN