Sidang Media Mourinho; Aspirasi, Legasi,Etika Kerja Dan Tak Lupa Wenger & Van Gaal

Iklan

Jose Mourinho baru sahaja selesai sidang media rasmi pertama beliau sebagai pengurus Manchester United berberapa jam yang lalu.

    35f7a11a00000578-0-image-a-4_1467716368984.jpg

    Sidang media yang agak mendidih oleh The Special One apabila beliau sempat mengkritik Louis Van Gaal dan juga menyindir Arsene Wenger.

    Berikut adalah 7 perkara yang menjadi highlight kepada kenyataan sidang media beliau.35f7982500000578-0-image-a-1_1467713782379.jpg

    1. Teruja Namun Kekal Tenang

    Mourinho menyatakan dia sudah berkali kali menyatakan ini bukanlah kerjaya impian kerana ini adalah realiti.

    Realitinya adalah, ia merupakan kerjaya yang semua orang mahukan.

    “Saya tahu legasi kelab ini di belakang saya, saya tahu sejarah kelab ini, saya tahu apa yang penyokong harapkan dari saya.”

    “Ia bukan cabaran yang buatkan saya gementar kerana sejarah 10 tahun saya telah membuktikan saya berjaya memenuhi kehendak kelab yang besar.”

    “Saya rasa, saya datang pada masa yang tepat, saya sangat tenang, stabil dan penuh motivasi”

    “Saya berada di tempat yang saya suka, di kelab ini, di negara ini dan Liga Inggeris.”

    2. UEFA Champions League Adalah Keutamaan

    Mourinho memberikan fokus lebih kepada kelayakan ke Liga Juara Juara Eropah berbanding dengan Liga Perdana Inggeris.

    Mourinho kecewa kerana tidak bersaing dalam Champions League dan berkata, Manchester United adalah kelab yang harus bermain di Liga Juara Juara Eropah.

    Beliau tidak menyembunyikan misi peribadi beliau untuk mengejar rekod Sir Alex Ferguson yang berada kira kira 130 perlawanan di hadapan beliau.

    3. Mourinho Kritik Van Gaal dan Sindir Wenger

    Mourinho secara terus membidas sikap pengurus yang suka bercerita tentang bermain cantik dan mengutamakan filosofi berbanding kemenangan.

    van-gaal-and-mourinho.jpg

    “Mana lebih penting, kemenangan atau cara bermain ?”

    Mourinho mahu menggunakan pendekatan yang agresif dan pragmatik untuk menang daripada berselindung dengan kata kata serta filosofi.

    Mourinho juga mengambil contoh yang jelas menyindir Wenger.arsene-wenger.jpg

    “Ada pengurus sudah 10 tahun tidak memenangi gelaran liga. Ada yang tidak pernah langsung”

    “Saya pula kali terakhir menang gelaran liga pada setahun yang lalu.”

    “Dan saya ada banyak perkara untuk dibuktikan, awak bayangkan pula yang lain.”

    Ia menghangatkan lagi perseteruan mereka selepas sebelum ini Mourinho melabel Wenger sebagai specialist in failure.

    4. Polisi Pembelian Dan Peranan Rooney

    Mourinho seakan akan sudah mengesahkan Mkhitaryan sebagai pemain baru ketiga United walaupun beliau tak tahu menyebut nama pemain baru beliau itu.

    Mourinho mengakui pemain ke-4 dalam proses untuk datang ke Old Trafford.

    “Kami membuat 4 sasaran nuklues yang utama”

    “4 posisi untuk memberikan keseimbangan skuad, untuk memberikan sokongan tertentu dari segi kualiti dan kualiti yang saya perlu dan yang saya mahu,” katanya.

    “Keutamaan adalah pemain yang ada visi (penglihatan) tinggi.”

    Paul Pogba dikatakan dalam radar Mourinho
    Paul Pogba dikatakan dalam radar Mourinho

    Beliau kemudian agak tidak gemar dengan cara Van Gaal menguruskan pemain seperti Rooney.

    “Saya pengurus yang sukakan pemain yang ada kepakaran khas berbanding pemain yang multifungsional.”

    Mourinho turut memberi contoh, beliau tidak akan menjadikan pemain center back sebagai playmaker dan mengarahkan Rooney bermain di deep holding center midfielder.

    2354308_t1w600h392q90v10020_swp-8682693_199452331_8219ea4e96.irswpprod_19ujv

    “Rooney bukan no.9 namun beliau tak sesuai diletakkan di role no.6 dan ia 50 meter dari kawasan gol.”

    “Jangan beritahu saya alasan, sebab dia ada hantaran yang luar biasa, sebab saya pun boleh melakukan hantaran luar biasa jika kurang tekanan.”

    “Rooney akan bermain sama ada no.9 atau no.10 bukannya no.6 atau no.8.”

    Daripada empat, mereka sudah mempunyai tiga penmain dan mereka akan berusaha keras selagi lagi tidak mendapat pemain ke-4.

    Dan barulah Mourinho boleh menarik nafas lega, katanya.

    5. Polisi Pemain Muda

    Mourinho sudah menjangkakan ada ramai pihak prejudis dengan beliau dalam soal pengurusan pemain muda.

    Ini kerana Manchester United setelah sekian lama mengutamakan polisi pembangunan pemain muda.

    3265814300000578-3501583-image-m-21_1458495411635

    Ia juga di antara kerisauan yang menyelubungi segelintir penyokong United.

    Mourinho membalas balik dengan berkata

    “Saya tahu, soalan ini akan ditanya. Anda tahu tak berapa ramai pemain muda yang saya pernah promot ke pasukan utama? 49 orang!”

    “Anda tahu di mana mereka berada sekarang? Saya boleh bagi anda senarainnya.”

    “Saya tidak pernah mempromosi pemain kerana terdesak!”

    “Saya mempromosi pemain kerana tanggungjawab dan keputusan.”

    “Musim lalu adalah musim di mana saya tidak bersaing dalam kejuaraan liga, tempat kedua mahupun ketiga.”

    “Ia adalah masa yang tidak stabil dan tiada tekanan untuk mempromosikan pemain muda.”

    6. Ryan Giggs Bukan Urusan Mourinho

    Mourinho mendedahkan, keputusan Giggs keluar daripada Old Trafford adalah kerana beliau seorang yang berani dan jujur.

    download

    Giggs sebenarnya mahukan jawatan pengurus dan Ed Woodward membuat keputusan untuk menyerahkan tugasan itu kepada Mourinho.

    Mourinho mendedahkan, ia sesuatu yang sukar untuk orang seperti Ryan untuk terus menjawat jawatan penolong pengurus.

    Giggs mengambil langkah berani untuk meninggalkan kelab itu selepas 29 tahun demi sesuatu yang baru.

    Mourinho tidak kisah jika kelab memberikan Giggs sebarang jawatan di Manchester United.

    7. Tentang Sir Alex

    Mourinho sangat teruja untuk kembali berhubung dengan rakannya itu. Beliau sentiasa mengalu alukan kedatangan Sir Alex ke kem latihan Manchester United.

    Jose-Mourinho-Sir-Alex-Ferguson-pa_2960028

    Mourinho juga merasakan nasihat daripada Sir Alex akan sangat membantu beliau.

    Jose juga membayangkan akan lebih banyak sesi wain beliau dan Sir Alex selepas ini.

    Selamat Bertugas Kembali Mou !

    Itulah antara rumusan sidang media pertama Mourinho.

    Nampaknya, tak ada yang mengejutkan sangat sebab kita sudah tahu cara Mourinho mengendalikan sidang media.

    Adakah United akan lebih bersemangat selepas mendengar kata kata Mourinho yang diselit unsur unsur egois.

    Baca juga: Posisi Terbaik Rooney Di England: Penyerang, Box-to-box, No.10 Atau Perancang Utama?

    Share on facebook
    Share on twitter
    Share on whatsapp
    Share on telegram