Siapakah Jurulatih Muda Edin Terzic Yang Menjadi Pengurus Interim Dortmund?

Edin Terzic Borussia Dortmund

Borussia Dortmund membuat kejutan apabila memilih jurulatih muda, Edin Terzic sebagai pengurus baharu kelab tersebut bagi menggantikan Lucien Favre yang dipecat tempoh hari.

Mempunyai karier yang pendek sebagai pemain semi-pro bersama beberapa kelab kecil di Jerman, jurulatih berusia 38 tahun ini tentunya tidak pernah menyangka beliau dipilih sebagai pengurus baharu untuk salah satu kelab terbaik di Eropah.

Terzic merupakan lulusan Universiti Ruhr, Bochum dalam bidang pengajian sains sukan dan pernah menjadi salah seorang staf kejurulatihan di bawah kendalian Jurgen Klopp sebaik sahaja menamatkan kursus Lesen A UEFA pada 2010.

Beliau kemudiannya diberi kepercayaan untuk menjadi pembantu jurulatih untuk skuad BVB bawah 17 tahun (B-17), B-19 dan B-23.

Daripada pengalaman itu, beliau dapat mempelajari daripada Klopp cara-cara untuk mengenal pasti pemain-pemain berbakat yang berupaya untuk diserap ke skuad utama seperti Mario Gotze, Mats Hummels dan Robert Lewandowski.

Pada 2013, sebaik sahaja dilantik sebagai ketua jurulatih skuad B-16 Dortmund, beliau dengan berat hati memaklukan kepada kelabnya bahawa telah mendapat tawaran yang dianggap terlalu sukar untuk ditolak.

Disebabkan mempunyai darah Croatia melalui ibunya, beliau telah dirisik oleh Slaven Bilic untuk menjadi pembantu jurulatih di kelab Turki, Besiktas ketika beliau baru berusia 31 tahun pada waktu itu.

Dua tahun kemudian, apabila Bilic dilantik sebagai pengurus West Ham United, mereka sekali lagi bergandingan di mana mereka berjaya membawa kelab tersebut menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tangga ke-7 pada musim 2015/16.

Terzic menganggap pengalaman di Turki dan England tersebut merupakan sesuatu yang luar biasa untuk seorang jurulatih muda sepertinya.

Bagai sirih pulang ke gagang, anak kepada imigran dari Yugoslavia itu akhirnya kembali ke Dortmund untuk menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan di bawah Favre.

Sebaik sahaja Favre dipecat ekoran kekalahan memalukan 5-1 kepada Stuttgart di tempat sendiri pada hujung minggu lalu, Terzic telah pun dilihat sebagai calon terbaik untuk mengambil alih kepimpinan di Signal Iduna Park.

Ia pastinya satu penghormatan buatnya di mana selain daripada dikenali sebagai kelab yang hebat dalam mengetengahkan pemain muda, Dortmund kini turut diterajui oleh jurulatih muda.

“Ini adalah situasi yang agak sukar dipercayai,” kata Terzic dalam sidang media pertama selepas diperkenalkan secara rasmi oleh Dortmund.

“Kebanyakan orang tahu saya memang berasal dari wilayah ini, saya dilahirkan hanya 30 kilometer dari sini dan saya telah mula menonton perlawanan di stadium ini ketika barusia sembulan tahun.

“Itu semua jelas menunjukkan kelab mana yang sememangnya sentiasa di hati saya, tetapi saya tidak pernah menyangka berada di posisi ini.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Borussia Dortmund:

Pemain 15 Tahun Youssoufa Moukoko Masuk Dalam Skuad UCL Borussia Dortmund

Reinier Jesus: 5 Fakta Menarik Mengenai Penyerang Baharu Dortmund Yang Dipinjam Dari Real

Raphael Guerreiro: Jadon Sancho Boleh Jadi Sehebat Cristiano Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN