Siapa Yang Bantu Ong Kim Swee Lonjak Ranking Harimau Malaya?

ong kim swee harimau malaya ranking fifa

Ketika bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengambil alih skuad negara, ranking FIFA skuad negara saat itu adalah pada kedudukan ke-172 dunia.

Ia bukanlah kedudukan yang baik, kerana sebelum itu, iaitu pada tiga tahun sebelum itu iaitu dari tahun 2012 hingga 2014, Malaysia berada di sekitar kedudukan ke-154 hingga ke-158 dunia. Ranking Malaysia agak merundum ketika beliau mula ambil alih.

Kedudukan ranking bukan sesuatu yang mudah untuk difahami dan diperbaiki dalam tempoh yang singkat. Selepas dua tahun beliau berada dalam skuad kebangsaan sebelum kembali bersama skuad B-22, ranking Malaysia telah ada peningkatan.

Beliau telah mengembalikan skuad negara di ranking pada tiga tahun sebelum beliau mengambil alih. Kedudukan tertinggi diraihnya adalah pada bulan April 2017 – ranking ke-155 dunia, sebulan selepas beliau kembali ke pangkuan skuad B-23 negara.

Jadi, siapa yang telah membantu Kim Swee dalam usahanya menaikkan ranking skuad negara yang boleh dikatakan berada pada kedudukan antara yang terburuk ketika itu? Apa yang beliau lakukan sepanjang beliau berada di kerusi panas tersebut?

Segala kredit harus diberikan kepada seorang individu yang boleh kita katakan antara pengumpul tegar data Liga Malaysia, Devinder Singh. Beliau dikatakan antara yang telah banyak membantu Kim Swee ketika jurulatih itu mula memimpin skuad negara.

Menurut Kim Swee, “Saya telah menghubungi Devinder [selepas dilantik mengemudi skuad negara] dan beliau yang banyak membantu kami memahami bagaimana ranking skuad kebangsaan berfungsi dan bagaimana untuk kami memperbaikinya.”

“Ketika saya mengambil alih, skuad negara berada di ranking ke-172. Kami akhirnya berjaya capai ranking ke-157. Devinder selalu boleh diharapkan dan memiliki maklumat yang amat banyak. Tahniah atas pelantikan di KLFA,” titip Kim Swee lanjut.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Kim Swee di Twitter selepas Devinder, seorang penulis bebas dan bekas akauntan, telah dilantik ke dalam pengurusan skuad KL City FC, pasukan yang kembali ke saingan tertinggi Liga Malaysia untuk musim 2021.

Devinder Singh telah dihubungi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City yang juga merupakan bekas pemain skuad kebangsaan, Stanley Bernard dan sebagai seorang penyokong Kuala Lumpur, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk beliau menerimanya.

Bercakap kepada TwentyTwo13, Devinder berkata, “Saya merupakan penyokong tegar Kuala Lumpur. Ketika selesa menjadi penulis bebas dan tidak pernah berfikir untuk bekerja secara tetap, ini adalah keputusan yang wajar dan amat saya nantikan.”

Beliau dilabel sebagai antara ‘best signing’ buat KL City. Bukan hanya membantu Kim Swee, beliau juga rapat dengan Stanley Bernard dalam membantu bekas pengulas Liga Malaysia itu dalam menyalurkan data dan maklumat mengenai saingan Liga Malaysia.

Dan beliau telah memperkenalkan buku matchday programme yang dilihat dijual ketika perlawanan melibatkan KL City di gelanggang sendiri. Usahanya itu mendapat respon positif daripada para penyokong KL City kerana ia dikatakan sangat berinformasi.

Sebagai Eksekutif Media dan Komunikasi di KL City, tentunya banyak perkara berkaitan kandungan media akan diciptanya. Selain itu, mereka juga bakal memanfaatkannya dengan data dan maklumat-maklumat pasukan bersejarah seperti Kuala Lumpur.

Ujarnya kepada TwentyTwo13, “Saya akan memantau segala perkara yang berkaitan media dan mencipta kandungan untuk laman sosial serta laman sesawang kelab.”

“Dan untuk buku matchday programme ‘Sampai Mati Kuala Lumpur’ yang telah saya usahakan, ia akan menjadi sebahagian daripada KL City, tetapi saya sedang melihat lebih terperinci bagaimana untuk menghasilkan edisi yang akan datang,” jelasnya.

Stanley Bernard bijak memanfaatkan individu sebegini yang mampu membantu pasukannya. Malah, Devinder Singh juga pernah berjasa membantu Kim Swee menaikkan ranking skuad negara. Di Malaysia, ada lagi individu sepertinya.

Ada yang mengumpul data dan statistik Liga Malaysia, malah ada yang pakar dalam menganalisa perlawanan seperti Zuraimi Zukri dan Axello. Dan mereka melakukannya kerana minat, sebagaimana Devinder Singh, yang kini sudah bersama KL City.

Baca lagi artikel lain mengenai Liga Malaysia dan antarabangsa:

‘Bukan Biasa-Biasa’ – Pertahanan KL City Giancarlo Gallifuoco Pernah Beraksi Di Samping Harry Kane, Luka Modric

Penterjemah Dikatakan Antara Punca Thailand Jadi ‘Sayur’ Di UAE

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020â„¢ Dengan Astro Go Interactive Mode

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN