Siapa Pemain Import Yang Melaka United Perkenalkan Menerusi ‘Teaser’ Itu?

Alex Goncalves Pesikabo Melaka United 2021 teaser

Melaka United telah memuat naik video pengenalan dan ‘teaser’ tentang seorang pemain import baharu mereka sambil meninggalkan persoalan, siapakah beliau?

Mungkin ada penyokong yang sudah tahu dan ada juga yang masih tertanya-tanya. Dengan memakai pelitup muka, mungkin sedikit sukar buat para penyokong dan pemerhati bola sepak negara bagi memastikan identiti pemain import tersebut.

Setakat ini, Melaka United dikaitkan dengan beberapa pemain apabila masih berbaki tiga slot untuk diisi dengan salah satunya adalah kouta Asean. Jadi, siapakah pemain yang ditunjukkan dalam video ‘teaser’ yang dimuat naik Melaka United itu? Untuk melihatnya, sila tonton video yang dilampirkan di bawah.

Melaka setakat ini telah mengesahkan dua pemain musim 2020 dikekalkan iaitu pertahanan, Jang Suk-won dan penyerang, Sony Norde. Untuk video pemain import baharu yang pertama ini, Semuanya BOLA menjangkakan beliau adalah penyerang, Alex Goncalves yang sebelum ini beraksi di Liga 1 Indonesia.

Alex Goncalves telah mengumumkan pengunduran dirinya daripada kelab Tira Persikabo 1973 pada Rabu lalu menerusi muat naik status di akaun Instagramnya.

Katanya, “Terima kasih buat semua yang bersama @officialpersikabo, pihak pengurusan, para pemain, barisan jurulatih, penyokong dan bandar Bogor kerana memberikan saya peluang untuk menyarung jersi ini dan untuk kasih sayang anda.”

“Hari ini saya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua. Saya harap satu hari nanti, saya akan datang untuk menyelesaikan perjalanan di sini yang terganggu dengan pandemik! Terima kasih @aggyekaressy kerana membuka pintu buat saya di Indonesia. Terima kasih Indonesia,” tuturnya lagi.

https://www.instagram.com/p/CKgzcErp3Pj/?utm_source=ig_embed

Dengan ucapan terima kasih Indonesia, Bolasport menjangkakan yang beliau akan meninggalkan bumi Indonesia dan bakal menyertai sebuah kelab di Malaysia.

Beliau hanya sempat tampil dalam tiga perlawanan bersama Persikabo sebelum liga ditangguhkan dan meledak satu gol selepas menyertai mereka pada permulaan musim 2020. Sebelum itu, beliau beraksi bersama Persela Lamongan dan mencetak 17 gol dalam 29 penampilan – ketiga terbanyak di Liga 1 Indonesia.

Sebelum ini, wartawan The Star, T. Avineshwaran menyatakan Melaka United dalam proses untuk mengesahkan pemain import baharu termasuk Alex Goncalves.

Dan hasil semakan video dan gambar pemain tersebut, ternyata pemain yang telah muncul di ‘teaser’ tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah Alex Goncalves. Terdapat corak tatu yang sama di tangan kiri pemain yang membuat kemunculan di video pengenalan pemain yang telah dimuat naik oleh Melaka United.

KREDIT FEATURED IMAGE: ROTP

Baca lagi artikel lain mengenai Liga 1 Indonesia dan Melaka United:

Bagaimana Liga Bawahan Indonesia Menguruskan Lebih Dari 100 Pasukan Di Dalamnya?

Adakah Melaka United Akan ‘Tewas’ Sebelum Gelanggang Liga Super Dibuka?

Simon McMenemy Salahkan Liga 1 Indonesia Punca Garuda Dibaham Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN