Siapa & Mengapa John Murtough Perolehi Kepercayaan Man Utd Jadi Pengarah Bola Sepak?

John Murtough menjadi individu pertama menjawat jawatan Pengarah Bola Sepak di Manchester United. Perkara itu diumumkan oleh pihak kelab melalui satu kenyataan rasmi semalam.

Murtough sebenarnya bukan nama asing di Manchester United selepas sebelum ini pernah memegang beberapa peranan penting di Old Trafford.

Tetapi siapakah beliau yang diberikan peranan untuk melaksanakan operasi dan strategi bola sepak merentasi setiap bahagian di Manchester United ini?

Sejarah Murtough bersama Man Utd

John Murtough sebenarnya telah bersama dengan Manchester United sejak November 2013 lagi, selepas pengalaman beliau bekerjasama dengan David Moyes di Everton sebelum itu. Jawatan pertama beliau di dalam bola sepak ialah Saintis Sukan bersama Everton.

Pada 2016 sehinggalah pengumuman semalam, Murtough adalah Ketua Pembangunan Bola Sepak Manchester United. Sebelum itu beliau memainkan peranan sebagai ketua program berprestasi tinggi dan elit Premier League, dan turut berpengalaman dalam pembangunan pasukan akademi bersama beberapa kelab lain.

Di Manchester United, Murtough yang berasal dari Liverpool bertanggungjawab ke atas penstrukturan semula akademi bola sepak dan bahagian pengambilan pemain, selain mewujudkan skuad wanita pada 2018.

Antara pemain remaja yang dipancing oleh Murtough ke Old Trafford ialah Hannibal Mejbri pada 2019.

Apakah peranan baru Murtough?

Dalam erti kata lain Murtough telah diberikan kenaikkan pangkat berdasarkan pengalaman dan prestasi kerja beliau di kelab sejak 2013. Selepas lebih tujuh tahun bersama, Murtough dianggap sebagai individu yang amat mengenali strutur dan budaya bola sepak di Manchester United.

Bersama beliau turut dilantik ialah Darren Fletcher yang akan memainkan peranan sebagai Pengarah Teknikal. Fletcher akan berkerja rapat dengan Murtough (seakan pembantu) dan bertanggungjawab akan hal teknikal di dalam kelab.

Sebagai Pengarah Bola Sepak, Murtough pula akan bertanggungjawab atas operasi keseluruhan dan struktur bola sepak di setiap bahagian kelab. Ini bermakna Murtough turut akan bekerja rapat dengan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solksjaer mengenai pemain-pemain yang akan dibawa ke skuad utama, baik dari akademi mahu pun pemain baharu yang akan dibawa masuk.

Tugasan Murtough turut melibatkan perkara lain berkaitan skuad utama termasuk prihal kebajikan dan kontrak dan bersama-sama membina strategi baharu demi memastikan prestasi terbaik di atas padang.

Solksjaer pula akan meneruskan peranan beliau sebagai pengurus dalam hal pengambilan pemain, dan ini akan dibantu oleh bahagian scouting dan unit analisis data yang turut akan memberikan laporan terus kepada Murtough.

Selain Murtough dan Fletcher, seorang lagi nama di sebalik tabir ialah Matt Judge yang diberikan peranan sebagai Pengarah Rundingan Bola Sepak. Tugas Judge ialah untuk melakukan rundingan dengan pemain dan ejen dalam prihal kontrak, dan Judge juga dikehendaki memberikan laporan terus kepada Murtough.

Bagaimana Murtough yakinkan Man Utd?

Ia tidak menghairankan Man United memberikan kepercayaan kepada Murtough mengambil kira pengalaman dan sukarnya untuk mendapatkan calon yang benar-benar memahami budaya dan struktur yang cuba dibina di Man United.

Baik pada ketika saat sukar, dari kesilapan yang pernah kelab lakukan sehingga kepada pembaharuan yang cuba dilakukan, Murtough sudah mengalaminya bersama kelab ini.

Beliau pernah diberikan tanggungjawab menemani Daley Blind dan Marcos Rojo untuk pemeriksaan perubata sebelum dua pemain itu disahkan sebagai pemain Man United pada 2016, menyambut ketibaan Alexis Sanchez, sehinggalah kepada memancing pemain muda berbakat, Hannibal Menbri di Oslo, Norway ketika pra musim. Terbaru, Murtough bertanggungjawab menguruskan ketibaan Alex Telles dari Porto.

Jawatan Pengarah Bola Sepak di Manchester United sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai individu. Edwin van der Sar dilihat sebagai yang paling layak. Ralph Rangnick tidak pernah putus dikaitkan akan ke Old Trafford. Paul Mitchell yang pernah bersama Southampton dan Tottenham kini telah menyertai Monaco. Stuart Webster pula terus kekal bersama Norwich City.

Di sebalik nama-nama besar di atas, mengapakah Man United memilih untuk melakukan lantikan dalaman untuk jawatan penting tersebut? Jawapannya mudah. Ini kerana pengurusan tertinggi di Old Trafford percaya Murtough amat sinonim dengan pembelian pemain di Manchester United sebelum ini.

Tidak semua pembelian oleh Manchester United memberikan pulangan selepas era Sir Alex Ferguson. Malah rata-ranya gagal. Namun Murtough diberikan tanggungjawab untuk memperbaharui struktur tersebut sejak ketibaan Ole Gunnar Solksjaer sebagai pengurus pada 2018.

Antara pemain baharu yang dibawa masuk ke dalam skuad utama selepas itu ialah Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka, Daniel James, Bruno Fernandes, dan Alex Telles. Nama-nama seperti Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, Ashley Young, Marcos Rojo, dan Chris Smalling pula ditunjukkan pintu keluar.

Kemampuan Murtouhh membentuk kembali struktur dan polisi pengambilan pemain dan kebolehan beliau bekerja bersama Solksjaer adalah sebab utama beliau menjadi calon pilihan untuk jawatan tersebut.

Murtough mungkin tiada pengalaman dalam aspek bola sepak di atas padang. Namun Man United percaya perkara itu bukan masalah memandangkan Murtough mendapat sokongan dan kepakaran individu-individu lain seperti Solksjaer, Michael Carrick, Mike Phelan untuk melaksanakan projek di Old Trafford.

Tatkala tiga nama tersebut lebih banyak terlibat dalam aspek latihan, Fletcher pula dilihat akan pembantu kepada Murtough dalam aspek teknikal di luar padang.

Rumusan

Sejauh mana penstrukturan semula bahagian pengurusan Manchester United dengan perlantikan Murtough, Fletcher dan Judge akan memacu Manchester United pada masa hadapan sukar untuk dinilai pada hari ini.

Namun yang jelas ialah Manchester United telah melakukan eksperimen dengan memberikan Murtough peranan yang hampir sama sejak dua musim lalu. Hanya formaliti yang membezakan sekarang. Bruno Fernandes, Wan-Bissaka, Daniel James dan, Telles dan Maguire adalah contoh jelas testimonial serta kemampuan Murtough dan proses yang Manchester United mahu sandarkan setakat ini.

Satu perkara yang pasti jendela perpindahan musim panas ini akan menjadi ujian pertama Murtough dan antara yang paling dinanti-nantikan oleh penyokong Manchester United sejak era Sir Alex Ferguson.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Pengarah Teknikal:

Van Der Sar Tolak Kemungkinan Sertai Kembali Manchester United

Apakah Tugas Alistair Edwards Sebagai Pengarah Sukan JDT?

Michael Edwards, Si ‘Computer Geek’ Di Sebalik Perpindahan Major Ke Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN