Siapa Dietmar Hopp? Kenapa Beliau Dibenci Penyokong Bayern & Dortmund?

Dietmar Hopp menjadi subjek ejekan banyak peminat bola sepak Jerman kebelakangan ini. Terbaru, penyokong Bayern Munich mengikut jejak langkah penyokong Borussia Dortmund, Borussia Monchengladbach dan Köln untuk mengutuk Hopp dengan kain rentang dan lagu chant.

Persoalannya sekarang: Siapa Dietmar Hopp? Mengapa beliau dibenci oleh penyokong Bayern, Dortmund, Gladbach dan Köln?

Siapa Dietmar Hopp?

Embed from Getty Images

Dietmar Hopp merupakan seorang jutawan (lebih kaya dari jutawan sebenarnya, beliau seorang billionaire) yang juga pengasas syarikat perisian komputer Jerman bernama SAP. Sebagai sebuah syarikat perisian komputer, SAP bertanggungjawab mencipta perisian untuk pengurusan perniagaan dan pengurusan pelanggan.

Hopp sebenarnya dah lama menjadi figura yang dibenci oleh ramai peminat bola sepak Jerman selepas bertanggungjawab menjadi ‘sugar daddy’ pasukan yang disokongnya sejak kecil, TSG 1899 Hoffenheim pada tahun 2000.

Cinta Hopp kepada Hoffenheim sememangnya sudah terbukti. Ketika kecil, beliau pernah bermain di akademi Hoffenheim.

Hasil pelaburan Hopp, Hoffenheim yang pada mulanya bergelumang di arena bola sepak amatur Jerman naik sehingga ke dapat bersaing di Bundesliga dan UEFA Champions League. Dianggarkan nilai pelaburan Hopp di Hoffenheim mencecah sehingga €350 juta (RM1.6 bilion) dari tahun 2000 sehingga kini.

Embed from Getty Images

Pada Julai 2015, usahawan berusia 79 tahun ini mendapat pengecualian peraturan 50+1 yang dilaksanakan di liga bola sepak Jerman. Dalam peraturan 50+1, penyokong MESTI memiliki 50% syer kelab dan hak mengundi dalam kelab, dengan tambahan 1 unit syer.

Peraturan 50+1 ini dibuat supaya kelab bola sepak Jerman kekal dimiliki oleh penyokong mereka sendiri. Ia juga dibuat untuk mengelak pelabur luar membeli dan memiliki syer majoriti dalam kelab – tidak seperti yang berlaku di kebanyakan negara lain di Eropah.

Bagaimanapun peraturan 50+1 ini ada pengecualiannya.

Pengecualian boleh dibuat kepada pelabur-pelabur yang boleh menunjukkan yang mereka memang menyokong kelab tersebut secara konsisten untuk tempoh 20 tahun.

Pengecualian inilah yang membolehkan syarikat farmaseutikal Bayer memiliki Bayer Leverkusen, syarikat automotif Volkswagen memiliki Wolfsburg, syarikat minuman tenaga Red Bull memiliki RB Leipzig dan Dietmar Hopp memiliki Hoffenheim.

Dan ini juga menjadi sebab mengapa empat kelab Bundesliga ini menjadi kelab yang paling dibenci oleh penyokong kelab yang betul-betul menjiwai semangat peraturan 50+1 seperti Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

Bagi penyokong Bayern dan Dortmund, persoalan ‘siapa Dietmarr Hopp’ tidak serelevan ‘apa motif Dietmar Hopp (Bayer, Volkswagen dan Red Bull) membeli syer kelab mereka’.

Bagi mereka, apa yang terjadi kepada empat kelab ini menjadi bukti bola sepak mula ditunggang oleh syarikat korporat dan jutawan untuk agenda peribadi mereka. Mereka berpendapat empat kelab ini memiliki kelebihan kewangan yang tidak dapat dimiliki oleh kelab lain.

Tentangan kuat

Protes sudah meletus sejak kenaikan Hoffenheim ke Bundesliga sejak 2008. Walaupun momentum protes lama-lama menurun, ia kembali naik sejak Dortmund diheret ke mahkamah daerah Sinsheim kerana kes penyokongnya yang mengejek Hopp pada Mei 2019.

Tidak semua orang Jerman menyokong sentimen penyokong Bayern dan Dortmund ini. Pengkritik mengaitkan protes penyokong bola sepak Jerman terhadap Hopp dengan kenaikan sentimen ekstrimis sayap kanan di Jerman.

Pengkritik juga mempersoalkan mengapa intensiti protes sama tidak terlihat dalam insiden rasisme dalam bola sepak Jerman. Terbaru pemain Hertha Berlin, Jordan Torunarigha mendapat ejekan bunyi monyet ketika aksi DFB-Pokal menentang Schalke 04.

Tidak seperti insiden Hopp, insiden Torunarigha ini tidak mendapat reaksi kuat daripada pihak berkuasa. Sebaliknya Torunarigha dihukum buang padang kerana memberi reaksi emosional.

Matthias Kiessling, penyokong RB Leipzig – salah sebuah kelab yang dibenci tersebut – menulis:

“Nampak macam orang yang menentang kami lagi suka merengek daripada merangka struktur yang realistik untuk mereformasikan peraturan 50+1.

Kiessling mempertahankan model pemilikan kelabnya yang menjadi penyumbang kepada kemajuan. “Di bawah model pemilikan yang dibenci mereka ini, kami bermain bola sepak cantik dan melabur kepada pembangunan pemain muda berumur tak lebih 24 tahun,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN