Shukor Adan Harap Pelaksanaan ECP Dorong Sikap Tanggungjawab Pasukan

Shukor Adan

Pemain berpengalaman, Shukor Adan berharap pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) bermula pada musim 2020 akan mendorong sikap lebih bertanggungjawab buat segelintir pasukan Liga Malaysia yang sebelum ini culas dalam pembayaran gaji pemain.

Menurut pemain pertahanan itu yang menyarung jersi Kuala Lumpur pada musim depan, dia melihat ECP bakal menjadi satu ikatan yang kuat kepada pasukan untuk menyempurnakan komitmen mereka terhadap pemain-pemain.

Dia dalam masa sama juga mengakui berasa kecewa kerana pemain kerap kali dipersalahkan jika bersuara dalam isu tunggakan gaji sedangkan perkara itu terjadi kerana kegagalan pihak pengurusan menguruskan kedudukan kewangan yang baik.

“ Apa yang saya dengar pasal ECP ini memang bagus kerana perkara ini akan hadirkan rasa tanggungjawab persatuan kepada pemain-pemain kerana sebelum-sebelum ini pemain kerap kali dipersalahkan bila keluarkan kenyataan dalam isu ini sedangkan mereka hanya tuntut hak mereka.

“Sedangkan apa yang pemain minta itu ada terkandung dalam kontrak dan bila janji tidak dilunaskan, pemain kerap kali dipersalahkan.”

“Jadi dengan ECP ini saya harap boleh bantu banyak pemain bola sepak kerana tiap pasukan kena sediakan bajet pada awal musim selain perjanjian dengan penaja yang memudahkan perancangan kewangan tiap pasukan dan ini baik kepada pemain, ” katanya.

ECP Model La Liga Dilaksana Musim Depan, Ini Yang Anda Perlu Tahu

Salah satu objektif utama ECP adalah memastikan bahawa pasukan hanya dibenarkan berbelanja berdasarkan keupayaan kewangan mereka dan tidak merekrut pemain pada kos yang tinggi jika mereka tidak mampu berbuat demikian daripada segi kewangan.

MFL telah menjalin kerjasama serta mendapat bimbingan dengan La Liga bagi menjayakan ECP secara berperingkat di Liga Malaysia bermula musim 2020.

Tambah Shukor yang telah dipalit isu tunggakan gaji selama dua musim berturut-turut, dia mengakui berasa simpati terhadap nasib pemain-pemain muda yang baharu hendak memulakan karier dalam bola sepak tetapi terperangkap dengan isu tunggakan gaji bersama majikan masing-masing.

Justeru, dia menyeru kepada persatuan bola sepak atau kelab supaya bersikap serius bagi mengikuti langkah pelaksanaan ECP dan bukannya sekadar ‘bagai melepaskan batuk di tangga’.

“Kepada semua pasukan, jangan hanya berniat untuk berbelanja sedangkan tiada kemampuan dan bola sepak kita sudah lama memasuki era profesional, tetapi masih ada isu pasukan tidak bayar gaji.

“ Saya cukup kesiankan kepada generasi baharu yang hendak bertapak dalam bola sepak namun mereka mendapat majikan yang sambil lewa dalam soal gaji namun apa yang perkatakan ini bukan semua persatuan, sebahagian sahaja termasuk persatuan bola sepak negeri yang masih di takuk lama.

“ Apa yang saya perkatakan ini bukan bercakap bagi diri saya kerana saya sudah lama main bola tetapi bagi generasi akan datang, jadi saya harap kepada persatuan, saya harap mampu ikuti pelaksanaan ECP ini, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN