Quantcast

BERITA

Shukor Adan Dedahkan MU Ada Masalah Tunggakan Gaji

Melaka berjaya melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia. Ia berita yang diraikan oleh semua penyokong dan juga pemain-pemain Melaka.

Melaka berjaya melepasi cabaran yang sukar. Jaringan penalti bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim pada minit ke-54 membolehkan Melaka United mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2019 apabila berjaya mengikat PDRM dengan keputusan 2-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Jika tewas, PDRM akan meraih slot ke suku akhir selepas Selangor mudah menjinakkan FELDA United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Sudah tertulis rezeki buat skuad Hang Tuah, mereka berjaya menamatkan aksi dengan keputusan seri.

Namun di sebalik kegembiraan itu, kapten pasukan Melaka United  (MU), Shukor Adan meluahkan bebanan yang dilalui oleh para pemain-pemain Melaka.

Dalam satu status ringkas di Instagram beliau, Shukor Ada menyatakan: ” Alhamdulillah layak ke suku akhir. Terima kasih kepada penyokong atas sokongan.”

“Dan terima kasih juga kepada pemain Melaka United yang bermain bermati-matian walaupun terbeban dgn masalah gaji yang masih belum dibayar.”

Ia disusuli dengan tanda pagar, hidup kena amanah, cuba hormati pemain, mereka juga ada family, kami (pemain) bukan sampah.

Shukor Adan memang dikenali dengan sikapnya yang tidak suka berselindung dalam isu seperti ini. Beliau bercakap atas kapasiti pasukan, dan beliau mengambil risiko demi rakan-rakannya.

Kami harap isu ini akan dapat diselesaikan segera. Dan selamat maju jaya buat Melaka United.