Shoya Nakajima Tak Sabar Mahu Beri Impak Kepada Porto

Tempoh hari, kami ada melaporkan perpindahan pemain Jepun yang cukup mahal di Portugal iaitu Shoya Nakajima.

Selepas diperkenalkan secara rasmi, Nakajima telah diberikan peluang untuk bercakap sebagai peman kelab itu mengenai misinya bersama Porto.

Dalam satu temu ramah yang dilakukan bersama-sama pasukan media kelab tersebut, Nakajima berasa ianya seperti mimpi jadi nyata.

Hal ini kerana, pada beliau Porto merupakan sebuah kelab yang sentiasa disukai beliau.

“Saya sangat gembira, kerana Porto adala kelab yang sentiasa saya suka.”

“Untuk mampu menyarung jersi ini adalah satu impian yang jadi kenyataan.”

Kata Nakajima lagi, kehadiran beliau di Porto adalah mahu meninggalkan kesan yang besar kepada dirinya dan pasukan.

Beliau menjadi pemain yang berjaya bersama-sama pasukan utama Portugal itu.

“Objektif saya bersama-sama pasukan ini adalah untuk menyertai sebanyak mana kejohanan bersama mereka.”

“Porto merupakan sebuah pasukan yang pilihan untuk juara jadi sebab itu mereka perlu berada dalam semua pertandingan.”

Nakajima juga turut mengatakan yang beliau mahukan jaringan gol diatas nama beliau pada musim ini.

“Secara individu, saya ingin menjaringkan sebanyak gol dan kerana itu saya berada di sini. Saya berharap saya dapat bantu pasukan ini untuk menang.”

Nakajima menjadi pemain Jepun termahal dalam sejarah apabila berjaya melengkapkan perpindahan ke Porto dari kelab Qatar iaitu Al Duhail.

Nilai perpindahan tersebut ialah sebanyak $40 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN