Shopee Tawar Diskaun 20% Untuk Tiket Final Shopee Piala FA 2018

Semalam kami melaporkan jualan tiket perlawanan akhir Shopee Piala FA 2018 yang dijadualkan berlangsung pada 7 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil akan mula dijual pada hari ini.

Sebanyak 80 000 tiket telah dicetak untuk perlawanan akhir kali ini dengan 30,000 tiket akan dijual kepada pasukan Selangor dan Pahang setiap satu. Harga tiket untuk dewasa ialah RM50 seorang.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) turut diperuntukkan sebanyak 750 keping tiket kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang berharga RM5.

Semalam penaja utama Piala FA 2018, Shopee mengumumkan satu berita baik buat penyokong Selangor dan Pahang. Shopee akan menawarkan diskaun 20% untuk tiket dewasa jika penyokong kedua-dua pasukan membeli di platform mereka.

Dengan diskaun 20% ini, sekeping tiket perlawanan final Shopee Piala FA 2018 akan berharga RM42 berbanding harga asal RM52.50 (RM50 harga tiket + RM2.50 cas pemprosesan atas talian).

Untuk mendapatkan diskaun 20% ini, penyokong Selangor dan Pahang perlu membelinya di pautan http://shopee.com.my/fmllp SAHAJA tertakluk kepada terma dan syarat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN