Shopee Piala FA: Tok Gajah Sedia Bangkit Seperti Pasukan Liverpool

Kebangkitan dramatik kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool ketika menewaskan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi memberi inspirasi kepada pasukan Pahang sebelum bertemu Terengganu FC pada suku akhir kedua Piala FA jumaat ini.

Tewas 1-2 di Kuala Terengganu pada minggu lalu ternyata tidak mematahkan semangat pemain Pahang dan pengendali skuad itu, Dollah Salleh yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk memastikan tiket ke separuh akhir berada dalam genggaman.

“Kita boleh lihat, persembahan mereka (pemain) beberapa hari lepas agak mengecewakan dan masalahnya mungkin disebabkan pemain yang terikut-ikut dengan rentak pasukan lawan.

“Ini bukan bermakna, kita tidak boleh perbaiki kelemahan yang ada… masih ada ruang untuk kita bangkit dan pamerkan corak permainan lebih baik selepas tempoh rehat Liga Super berakhir,” katanya dalam Harian Metro. 

Skuad Pahang kembali menjalani latihan semalam. FOTO: PFA

Ketiadaan penyerang import, Dickson Nwakaeme dan pemain tengah, Safuwan Baharuddin memberi kesan kepada prestasi Pahang yang turut tewas 0-2 kepada PJ City dalam saingan Liga Super beberapa hari lepas.

Terengganu FC yakin dapat singkirkan Pahang

Sementara itu pemain tengah Terengganu FC, Thierry Chantha Bin bercakap dalam Harian Metro yakin dengan kemampuan rakan sepasukan untuk mengejutkan Tok Gajah sekaligus menyingkirkan juara bertahan itu daripada Piala FA.

“Musim lalu kita pernah tundukkan Pahang 1-0 di laman mereka, selain itu prestasi terkini pasukan yang kian meningkat bakal menjadi ‘senjata’ utama buat kami untuk menewaskan pasukan itu pada aksi kedua Jumaat ini.

“Saya begitu teruja bertemu pasukan itu kerana ia perlawanan setempat yang besar bagi kami, malah kami juga mempunyai dendam kekalahan 0-3 pada aksi Liga Super Februari lalu yang masih lagi segar dalam ingatan,” ujarnya.

Tchetche Kipre, Terengganu
FOTO: MFL

“Impian kami adalah untuk layak ke separuh akhir dan seterusnya mara ke perlawanan akhir, walau dalam keadaan apa sekali pun kami perlu bermain habis-habisan ibarat tentera berjuang di medan peperangan.

“Saya yakin dengan strategi barisan jurulatih, sudah pasti mereka akan merencanakan taktikal terbaik untuk menundukkan pasukan itu dan bukannya bermain secara bertahan sebaliknya perlu mengamalkan corak menyerang,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN