Shopee Piala FA: Selangor Waspada Terhadap Ancaman Kebangkitan Kuala Lumpur

Kebangkitan AS Roma ketika menentang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menjadi inspirasi Kuala Lumpur untuk melakukan kejutan pada suku akhir kedua Piala FA berdepan Selangor, Sabtu ini.

Selangor yang dibelasah Kedah 0-4 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman berhadapan tugas berat apabila mereka terpaksa menghadapi Kuala Lumpur tanpa 2 tonggak utama.

Sesi latihan pasukan Selangor. FOTO: FA Selangor

Justeru itu, mereka tetap berwaspada terhadap ancaman kebangkitan Kuala Lumpur yang mencatat keputusan seri, 2-2 dengan naib juara Liga Super 2017, Pahang Ahad lepas.

Walaupun Red Gianats menjadi pilihan utama untuk meneruskan cabaran ke peringkat empat terbaik selepas menang 3-0 dalam suku akhir pertama, namun bagi pengendali pasukan itu, Mohd Nazliazmi tidak mahu terlalu yakin.

“Halim dan Pacheco tidak dapat beraksi kerana dilayangkan kad kuning pada pusingan kelayakan, tetapi itu tidak menjejaskan pasukan kerana kami mempunyai pemain lain yang mampu mengisi ketiadaan mereka.

“Begitupun, kami tidak boleh terlalu yakin walaupun mendahului 3-0 dalam suku akhir pertama. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

“Bagaimanapun saya percaya, melihat kepada kekuatan, keyakinan dan semangat yang ditunjukkan sebelum ini, Insya-Allah tidak mustahil kami boleh mengatasi Kuala Lumpur,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia.

FOTO: FA Selangor

Kelmarin, pengendali Kuala Lumpur, Fabio Marciel memberi amaran awal bahawa skuadnya akan melakukan ‘comeback’ untuk memadam kelebihan jaringan gol yang dimiliki oleh Selangor.

“Sudah pasti kami akan cuba bangkit. Bila saya katakan kami, maksudnya bukan saya saja, pemain dan semua staf juga perlu bangkit. Memang kami lakukan kesilapan pada aksi sebelum ini, tewas 3-0 dan (Guilherme De Paula) dilayangkan kad merah.

“Tetapi kami tetap akan berjuang, kami tidak berputus asa kerana apa saja boleh berlaku dalam bola sepak. Saya percaya kepada semua pemain walaupun kami ketinggalan tiga gol.

“Tiada siapa sangka minggu lalu Roma berjaya tewaskan Barcelona 3-0. Tiada siapa sangka Juventus boleh bangkit mendahului Real Madrid dengan 3-0 di Santiago Bernabeu. Bola sepak menarik, semua perkara anda tidak boleh jangka,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN