Gol Shoja’ Khalilzadeh Tewaskan Safawi Rasid Untuk Gol Tercantik ACL 2019

Seperti kita semua sedia maklum, gol jaringan Safawi Rasid untuk JDT telah dicalonkan sebagai Anugerah Gol Tercantik Asian Champions League (ACL) 2019.

Jaringan tersebut hadir ketika perlawanan menentang Shandong Luneng, menjadikan Safawi sebagai anak Malaysia pertama yang berjaya menjaringkan gol di pertandingan bola sepak peringkat kelab paling berprestij di Asia itu.

Tidak boleh dinafikan, ia adalah gol yang amat berkualiti persis jaringan oleh pemain-pemain ternama Asia dan dunia yang lain.

Untuk menentukan pemenangnya, AFC telah membuka proses undian kepada penyokong di seluruh Asia untuk tujuan penilaian.

Sumber: AFC

Namun demikian dalam undian yang dijalankan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), sejak 30 November lalu menyaksikan gol jaringan undian Safawi Rasid tewas kepada jaringan pemain Persepolis, Shoja’ Khalilzadeh.

Hasil undian menyaksikan gol jaringan Safawi hanya meraih 40% daripada jumlah undian keseluruhan, manakala gol jaringan Shoja’ Khalilzadeh pula meraih 2.3 juta undi untuk keseluruhan 59% daripada jumlah undian keseluruhan.

Berdasarkan pemantauan kami, gol jaringan Safawi dan Kalilzadeh bersaing dengan sengit sejak hari pertama proses undian dibuka.

Malah pada satu ketika, undian Safawi pernah mendahului jumlah undian keseluruhan.

Untuk rekod pada musim lalu anugerah sama dimenangi oleh pemain Kitchee SC, Cheng Chin Lung dengan jumlah 1.3 juta undi.

Untuk ACL 2019, sejumlah 3.9 undi keseluruhan telah direkodkan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN