Shivan Pillay Asokan: ‘Kekal Fokus Dan Jangan Buat Kesilapan Mudah’

Pemain pertahanan skuad B-19 negara, Shivan Pillay Asokan menyeru rakan sepasukannya agar tidak membuat kesilapan mudah ketika menentang Arab Saudi, petang ini.

Sepanjang persediaan akhir sebelum kejohanan berlangsung, skuad kendalian Bojan Hodak itu gagal memenangi sebarang perlawanan dalam tiga aksi pemanas badan.

Mereka tewas 1-3 kepada Qatar, kemudian tewas pula 0-2 kepada UAE sebelum mengikat lawan yang sama dengan keputusan 1-1.

Pemain berusia 18 tahun itu menjelaskan tiga aksi menentang pasukan Asia Barat sudah pasti telah mempersediakan mereka untuk perlawanan pembukaan Kumpulan D itu nanti.

“Sepanjang tempoh persiapan, kami berdepan dua aksi persahabatan menentang pasukan dari Asia Barat seperti Qatar dan UAE.

“Sudah semestinya corak dan gaya permainan mereka tidak jauh beza dengan Arab Saudi yang mengamalkan aksi pantas dan agresif,” jelasnya kepada Berita Harian.

Foto: Akurat.co

“Jadi, saya dan rakan sepasukan terutama di pertahanan perlu bersedia untuk mengekang asakan penyerang lawan dan kami kena lebih fokus serta tidak boleh buat kesilapan mudah,” ujarnya.

Shivan yang berasal daripada Kuala Krai, Kelantan itu telah mampamerkan aksi cemerlang ketika membantu skuad ini menjuarai Kejohanan AFF B-19 di Indonesia, Julai lalu.

Ketika itu, dia merupakan penjaring terbanyak untuk skuad negara dengan tiga gol walaupun dia adalah pemain pertahanan tengah, sesuatu yang sangat menarik perhatian.

“Walaupun keputusan (aksi persahabatan) tak berapa cantik, saya tetap percaya kami ada peluang untuk melepasi peringkat kumpulan,” jelasnya yang merupakan pemain PKNS FC.

Shivan telah berjaya menembusi skuad utama PKNS FC kendalian bekas jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, ketika saingan Piala Malaysia dan ini pasti memberinya keyakinan.

Shivan Pillay

“Kami kena main sebagai satu unit dan percaya kepada diri sendiri bahawa kami boleh menang ke atas Arab Saudi walaupun ramai menganggap ia sukar,” tambahnya lagi.

Meminati Cristiano Ronaldo dan menjadikan Shukor Adan sebagai idolanya, Shivan menyasarkan untuk membantu pasukan muda negara itu layak ke separuh akhir seterusnya Piala Dunia B-20.

Kejohanan AFC B-19 menawarkan 4 slot untuk ke Piala Dunia B-20 yang bakal berlangsung di Poland pada Mei 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN