Shin Tae-yong Akan Muktamadkan Kontrak Bersama Sang Garuda Pada 26 Disember

moch-iriawan-shin-tae-yong

Segalanya bakal dimuktamadkan pada esok (26 Disember 2019) apabila pengendali kelahiran Korea Selatan, Shin Tae-yong akan dilantik secara rasmi sebagai pengendali baharu Sang Garuda.

Menurut kenyataannya yang diterbitkan oleh Dong-A, beliau akan tiba di Indonesia selepas Krismas bagi memuktamadkan kontrak bersama Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI).

Selain itu, Shin Tae-yong turut memaklumkan bahawa beliau turut akan dipertanggungjawabkan dengan skuad Indonesia B-23 dan B-20, yang bakal beraksi di Piala Dunia B-20 apabila dilantik nanti.

Indonesia akan beraksi di Piala Dunia B-20 pada Mei 2021 selepas dipilih sebagai tuan rumah, menewaskan bidaan daripada Peru.

Shin Tae-yong telah menolak tawaran menyertai kelab yang beraksi di Chinese Super League, Shenzhen FC dan menegaskan yang tiada apa mampu mengubah keputusan yang telah dibuatnya itu.

PSSI juga dilihat lebih cenderung untuk memilihnya selepas sesi perjumpaan dengan kedua-duanya sekitar November lalu.

“Saya akan pergi ke Indonesia pada 26 Disember untuk menerima kontrak [daripada PSSI]. Tiada yang akan berubah dan ia adalah keputusan muktamad,” jelas pengendali berusia 49 tahun itu.

“Saya telah diminta untuk memperbaiki segala aspek untuk skuad kebangsaan Indonesia termasuk skuad muda, dengan Piala Dunia B-20 dijangka akan berlangsung di Indonesia,” tambahnya lagi.

Shin Tae-yong hadir dengan pengalaman yang luas apabila pernah membawa skuad B-20 Korea Selatan melangkah ke suku akhir Piala Dunia B-20 pada 2017 serta skuad B-23 ke Sukan Olimpik 2016.

Selain itu, pengendali yang pernah beraksi bersama Seongnam FC ini turut pernah membimbing Korea Selatan layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia, namun tersingkir di saingan peringkat kumpulan.

Begitupun, mungkin saat paling diingati adalah apabila skuadnya berjaya menumbangkan juara bertahan, Jerman dengan keputusan 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan F itu.

Shin Tae-yong telah meletak jawatan sejurus Korea Selatan sah tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 dan kemudian sehingga kini tidak melatih mana-mana kelab atau negara.

Pengendali berpengalaman itu telah menewaskan Luis Milla untuk posisi tersebut selepas Simon McMenemy dipecat oleh PSSI akibat prestasi buruk yang telah dipamerkan oleh Sang Garuda.

Kredit Foto: PSSI

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN