Shebby Singh: “Luqman Hakim Perlu Yakin Di Belgium”

Luqman Hakim

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Shebby Singh memberikan nasihat berguna buat prospek sensasi negara iaitu Luqman Hakim yang bakal terbang ke Belgium untuk bermain di sana.

Menurut laman Berita Harian, bekas pemain yang pernah beraksi untuk Kuala Lumpur ini mengatakan Luqman tidak perlu terlalu berasa kerdil apabila bersama-sama pemain lain yang dilihat lebih bagus daripadanya ketika berada di Belgium.

Sebaliknya, Shebby mahu pemain tersebut mempunyai tahap keyakinan yang tinggi untuk membolehkan beliau tidak tenggalam diantara bakat-bakat yang ada sambil tidak terlalu besar diri hingga dianggap sebagai pemain yang sombong atau riak.

“Apabila berada di Belgium, fokus haruslah terletak pada bola sepak sahaja. Hal ini kerana, semuanya adalah perkara baharu di sana kelak.”

“Ambil peluang tersebut jika ianya ada di depan kita dan anggap itu sebagai cabaran. Saya doakan Luqman berjaya.”

Pada hemat Shebby, kunci kepada kejayaan Luqman di Belgium kelak adalah dengan terus fokus tanpa memikirkan perkara-perkara lain yang berlaku disekelilingnya.

Shebby berkata demikian selepas melihat ada khabar angin mengaitkan pemain itu dengan perpindahan ke kelab Premier League – Newcastle United.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah memberikan lampu hijau kepada Luqman untuk berpindah ke Kv Kotrijk dari Belgium.

Sebelum ini, Luqman bersama-sama Selangor II sebelum terbang ke Eropah untuk beraksi di sana.

Baca juga artikel kami mengenai Luqman Hakim Shamsudin:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN