Shakira Minta Pique Tinggalkan Barcelona! Kenapa?

Superstar Shakira membuka mulut ke atas masa depan Pique dan Barcelona. Penyanyi sensasi Colombia itu berkata, dia mahu Pique meinggalkan Barcelona. Pique adalah pemain yang menjadi kesayangan penyokong di Camp Nou.

Ini kerana Shakira tidak sanggup melihat suaminya menjadi mangsa cemuhan di Sepanyol. Bukan sahaja serangan daripada penyokong pro-Sepanyol malah daripada media-media.

Shaqira tidak selesa dengan serangan di media sosial ke atas suaminya. Pique memang seorang yang sangat lantang dan aktif di media sosial.

Pique diketahui umum tentang pendirian politik beliau tentang kemerdekaan Catalonia. Beliau kerap menyokong secara terbuka kempen yang mahu menuntut kemerdekaan Catalonia untuk menjadi sebuah negara.

Pada tahun lalu, penyokong Sepanyol menghentam Pique yang dikatakan menggunting baju lengan panjang kerana ada jalur warna bendera Sepanyol.

Namun ia tidak benar, kerana penjelasan daripada Persatuan Bola Sepak Diraja Sepanyol(RFEF) menyatakan hanya baju lengan pendek ada jalur bendera Sepanyol dan tidak pada lengan panjang (gambar).

Ia membawa kepada pengumuman persaraan oleh Pique selepas Piala Dunia Russia.

Impak daripada kebencian ramai pihak di Sepanyol ke atas suaminya juga dirasai oleh Shakira. Ia turut menjejaskan imej beliau sebagai selebriti. Ia bukan sesuatu yang sihat kepada karier beliau. Ramai yang menyerang Shakira di media sosial kerana bencikan suaminya.

Shakira dikatakan mencadangkan agar suaminya memikirkan perpindahan ke England dengan kota London sudah pasti menjadi pilihan utama untuk selebriti seperti Shakira.

Baca juga: Dicemuh Teruk Kerana Menggunting Lengan Baju, Pique Nekad Bersara Selepas Piala Dunia Russia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN