Shakir Hamzah Umum Tinggalkan Kedah, Bakal Kembali Ke S-League?

Shakir Hamzah Renan Alves Kedah 2020

Pertahanan import Kedah, Shakir Hamzah akhirnya sah telah tinggalkan Kedah selepas mengumumkannya menerusi laman Instagramnya, sebentar tadi.

Selepas dua musim berkelana ke Kedah apabila meninggalkan Kota Singa pada musim 2019, nampaknya tiada lagi khidmatnya bersama Helang Merah. Ironinya, pemergiannya selepas Kedah meraih tiket untuk beraksi di Piala AFC 2021.

Sebagai pertahanan yang amat disegani di Kedah sejak kehadirannya dua tahun lalu, beliau berjaya membentuk gandingan ampuh bersama Renan Alves di bek tengah dan telah beraksi hampir 50 perlawanan bersama mereka. Sejak ketiadaan Azmeer Yusof di bek kiri, pengendali Kedah, Aidil Sharin meletakkannya di posisi tersebut.

https://www.instagram.com/p/CHjvUR0F1l1/

Musim lalu, Shakir Hamzah membantu Kedah meraih tiket ke pusingan kelayakan dan playoff AFC Champions League 2020 yang menyaksikan mereka disingkir wakil K-League, FC Seoul di pusingan playoff selepas menewaskan Tai Po FC di pusingan kelayakan. Ia satu pengalaman berharga mereka sepanjang saingan musim 2020.

Kedah juga menjuarai Piala FA 2019 dan melangkah ke final Piala Malaysia 2019 sebelum ditewaskan oleh JDT. Musim ini, mereka menamatkan saingan di kedudukan kedua Liga Super. Ini membuktikan Kedah memiliki skuad yang ampuh walaupun pada satu ketika terdapat masalah tunggakan gaji melanda kem Helang Merah.

Melihatkan reaksi di posting Instagram pertahanan berusia 28 tahun itu, penyokong Kedah rata-ratanya tidak dapat menerima kenyataan pemergiannya. Malah ada yang memintanya untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu.

Salah satu yang menarik perhatian adalah reaksi daripada rakan senegaranya di Singapura, Gabriel Quak. Shakir Hamzah seakan-akan memberikan petunjuk yang beliau bakal kembali ke S-League (kini Singapore Premier League) apabila menyatakan kepada pemain tengah skuad Lion City Sailors FC itu, “See you soon bro.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Shakir Hamzah telah menjadi pemain import kedua meninggalkan Kedah selepas Amin Nazari. Untuk rekod, Amin Nazari baru semusim bersama Kedah sejak Disember yang lalu.

Menurut khabar angin, beberapa pemain lagi dijangka akan meninggalkan kem Kedah dalam masa terdekat. Antara nama yang disebut ketika ini adalah Kpah Sherman, Kipre Tchetche, Hadin Azman dan juga Irfan Zakaria. Mungkin perbincangan mengenai pengurangan gaji musim depan yang menjadi punca kepada perkhabaran ini.

Walaubagaimanapun, setakat ini, pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) belum membuat apa-apa pengumuman mengenai status pemain musim depan.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Shakir Hamzah dan Kedah:

Shakir Hamzah Enggan Layan Provokasi Bakal Dijelmakan Leandro Dos Santos

Shakir Hamzah: Kami Akan Cuba Kalahkan JDT Semula Nanti

Kedah Intai Khidmat Rabih Ataya Untuk Ganti Amin Nazari?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN