Shahrom Kalam Mohon Maaf Atas Kesilapan Beliau Ketika Menentang Selangor

Kapten Perak, Shahrom Kalam  mengambil pendekatan merendah diri dengan memohon maaf diatas kesilapan yang beliau lakukan ketika menentang Selangor.

Bekas pertahanan Selangor itu tempoh hari melakukan kesilapan apabila terleka sewaktu cuba menghantar bola.

Hasilnya bola itu dicuri mudah Forkey Doe dan membolehkan pemain itu menjaringkan gol tunggal perlawanan serta memberikan 3 mata buat Selangor.

Di laman Instagramnya, Shahrom mengambil kesempatan memohon maaf diatas kesilapan yang dilakukan beliau.

“Assalammualaikum. Saya Shahrom Kalam mengambil tanggungjawab sepenuh diatas kekalahan menentang Selangor semalam dengan penuh kekesalan.”

“Dengan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku, saya telah menghampakan rakan sepasukan dan seluruh warga Perak.”

“Saya memohon maaf sepenuh hati dengan apa yang berlaku dan jadikan kesilapan ini sebagai pengajaran yang bermakna.”

“Segala kritikan dan kata-kata semangat yang saya terima, berterima kasih seikhlas hati dan hanya Allah yang mampu membalasnya.”

“Asam garam dalam kehidupan pemain bola sepak.”

“Yang buruk datangnya dari saya sendiri dan segala yang baik hanya dari Allah SWT.”

“Perjuangan masih belum berakhir dan berikan sokongan sepenuhnya kepada pasukan.”

“Semoga kita mencapai lebih banyak kejayaan bersama sebagai satu pasukan, satu keluarga, dan satu bendera. PERCAYA!”

View this post on Instagram

Salam. Saya Shahrom Kalam mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kekalahan menentang Selangor semalam dengan penuh kekesalan. Dengan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku, saya telah menghampakan rakan sepasukan dan seluruh warga Perak. Saya memohon maaf sepenuh hati dengan apa yang berlaku dan jadikan kesilapan ini sebagai pengajaran yang bermakna. Segala kritikan dan kata-kata semangat yang saya terima, saya berterima kasih seikhlas hati dan hanya Allah yang mampu membalasnya. Asam garam dalam kehidupan pemain bolasepak. Yang buruk datangnya dari diri saya sendiri dan segala yang baik hanya dari Allah swt. Perjuangan masih belum berakhir dan berikan sokongan sepenuhnya kepada pasukan. Semoga kita mencapai lebih banyak kejayaan bersama sebagai satu pasukan, satu keluarga dan dibawah satu bendera. PERCAYA! 🙏🏻

A post shared by Muhammad Shahrom Abdul Kalam (@shahromkalam) on

Permohonan maaf Shahrom itu mendapat reaksi positif dari pelbagai pihak. Dengan bekas rakan sepasukan Shahrom di Selangor tampil memberikan sokongan.

Antaranya dari pertahanan Ugo Ukah dan Rizal Fahmi Rosid.

Tidak ketinggalan, kapten Kedah Khairul Helmi Johari juga tampil berikan sokongan kepada beliau.

Teruskan berjuang, Shahrom Kalam!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram