Shahril Nizam: Perak Sedang Sediakan Pemain Muda Untuk Musim Depan

Pemain Muda Perak Kedah Liga Super 2021 Azri Ghani

Pengendali sementara Perak FC, Shahril Nizam Khalil berkata di sidang media, pihak pengurusan sedang giat menyediakan pemain muda untuk saingan musim hadapan.

Mempertaruhkan pemain-pemain muda merupakan antara satu strategi mereka bagi memberi pengalaman berharga saingan liga tertinggi kepada pemain-pemain tersebut. Adakah ini persediaan awal Perak untuk saingan Liga Premier musim hadapan?

Melihatkan situasi terkini, sukar untuk mereka mengelak daripada tersingkir apabila tewas buat kali kelima berturut-turut. The Bos Gaurus tumbang 0-1 kepada Kedah Darul Aman FC dalam aksi minggu ke-20 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Liga Super: Gol Tunggal Kpah Sherman Cukup Untuk ‘Sembamkan’ Perak

Perak berpeluang untuk sekurang-kurangnya menyelamatkan diri dengan keputusan seri pada aksi malam tadi apabila Kedah dilihat telah kehilangan rentak lebih sejam perlawanan berlangsung. Mereka hanya berbahaya dalam 30 minit pertama.

Namun, ketumpulan jentera serangan yang diketuai oleh penyerang import, Nana Poku telah menyebabkan mereka gagal mengutip mata selepas kali terakhir melakukannya pada 27 Julai lalu ketika mengikat KL City FC dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Agak janggal kenyataan Shahril Nizam apabila mengatakan mereka menyediakan pasukan untuk musim hadapan kerana mereka ketika ini perlu menyelamatkan diri daripada tersingkir daripada Liga Super buat kali pertama dalam sejarah pasukan.

Atau mungkin ini menjadi misi serampang dua mata buat mereka – menyediakan pemain muda untuk musim depan sambil menyelamatkan diri daripada tersingkir?

Ujarnya kepada pihak media, “Itulah salah satu sebab kita ketengahkan pemain-pemain muda, untuk lebih bersedia bersama pasukan musim hadapan. Pihak pengurusan juga sudah mula merancang [persediaan] pasukan Perak untuk musim hadapan.”

Mengulas mengenai skuad mudanya yang mungkin tewas daripada segi pengalaman, Shahril Nizam berkata, “Bagi saya, itu adalah salah satu faktornya [pengalaman].”

“Ramai pemain-pemain muda yang kita ketengahkan selepas pemain-pemain senior meninggalkan pasukan. [Ketika ini] pemain-pemain muda yang menjadi tonggak utama pasukan,” ujar Shahril Nizam lagi mengenai kekalahan tipis kepada Kedah.

Jika kita menganggap Sri Pahang tewas dalam baki tiga perlawanan mereka sambil Perak FC menang dalam baki dua perlawanan di tangan, mereka akan terselamat.

Mahu tak mahu, The Bos Gaurus mesti menang ketika bertemu Melaka United pada Jumaat dan Sabah FC pada 12 September depan. Adakah pemain-pemain muda ini sudah bersedia untuk menyelamatkan pasukan mereka di saat genting sebegini?

Melihatkan gaya permainan mereka pada malam tadi, Perak sebenarnya sudah mampu bangkit apabila mampu mengawal perlawanan berbanding Kedah. Cuma kekurangan ketara adalah di jentera serangan yang melepaskan deretan peluang.

Kali terakhir mereka merasai nikmat kemenangan adalah pada 5 Mei lalu, apabila telah menewaskan PJ City FC dengan keputusan 1-0. Mereka kini tidak menang dalam lapan aksi – mungkin yang terburuk dalam sejarah pasukan sejak Liga Super diperkenalkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN