TERKINI: Shahrel Fikri Bakal Berhijrah Ke Liga Utama Thailand

Penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri telah menerima tawaran rasmi daripada kelab Liga divisyen 1 Thailand, Nakhon Ratchasima FC yang kini menghuni kedudukan ke 9 dalam saingan Liga tersebut.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Hasnizam Uzir melalui laman twitter miliknya. Beliau ialah antara individu yang bertanggungjawab untuk memasarkan bakat-bakat pemain muda tempatan untuk kemajuan bola sepak negara.

Menurut Hasnizam, surat tawaran rasmi sudah dikeluarkan oleh kelab Nakhon Ratchasima FC dan Shahrel akan menyertai kelab itu secara pinjaman daripada PKNP FC.

Bagaimanapun, Shahrel akan berangkat ke Thailand pada malam esok jika pihak pengurusan PKNP FC mengeluarkan surat perlepasan rasmi pada sebelah pagi esok.

Bulan Januari lepas, Shahrel Fikri pernah menyatakan kesediaan beliau untuk menimbangkan tawaran dari kelab Liga Thailand dan mana-mana pasukan dari luar negara tanpa menghiraukan jumlah gaji yang rendah ditawarkan oleh kelab tersebut.

Beliau bercakap kepada Harian Metro, mempunyai impian beraksi di luar negara untuk meningkatkan tahap permainannya.

“Saya difahamkan ada pemain kita yang tolak tawaran bermain di sana kerana gaji lebih rendah tapi saya pula tidak kisah kerana apa yang lebih penting adalah pendedahan,” katanya.

“Kontrak saya bersama PKNP tidak menjadi halangan kerana kami mempunyai persefahaman bersama mereka akan melepaskan saya jika menerima tawaran kelab lain.

“Jadi walaupun kontrak masih berbaki tiga tahun namun saya boleh meninggalkan PKNP bila-bila masa dalam tempoh itu dengan syarat mematuhi peraturan serta perjanjian.

“Ia bukan bermakna saya tidak menghargai jasa PKNP atau bersikap kacang lupakan kulit tapi saya nak cari pengalaman baru serta meningkatkan permainan,” katanya

Shahrel fikri menerima anugerah penyerang tempatan terbaik musim lepas.

Jika ada satu tema yang menggambarkan kehidupan Shahrel Fikri sebagai pemain bola sepak profesional, tema ‘bangkit dari bawah’ mungkin paling tepat baginya.

Pernah disisihkan dari skuad kebangsaan bawah-23 kerana mempunyai masalah jantung, beliau bangkit untuk membantu PKNP FC memburu slot Liga Super 2018 pada musim ini dengan siri persembahan cemerlang di depan gol sehingga dipilih memasuki skuad kebangsaan.

Selain Shahrel, turut beraksi dalam saingan Liga Thailand ialah pemain berdarah campuran Malaysia, Curran Ferns yang menyertai kelab Sukhothai FC daripada Felda United.

Kami di SemuanyaBOLA mengucapkan selamat maju jaya kepada Shahrel Fikri dan semoga dengan penghijrahan beliau ini memberi inspirasi kepada pemain muda yang lain untuk keluar daripada kepompong selesa dan berusaha mencari pengalaman di luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN