Shahrel Fikri Buat Penampilan Pertama Dengan Nakhon Ratchasima FC

Bekas penyerang Harimau Muda, Shahrel Fikri membuat penampilan pertama beliau bersama kelab Liga Utama Thailand, Nakhon Ratchasima FC apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama skuad itu bertemu Sukhothai FC malam tadi.

Beliau yang dipinjamkan daripada kelab PKNP FC diberi kepercayaan beraksi di posisi serangan dengan formasi 4-3-2-1 di Stadium Thun Thalay Luang.

รายชื่อผู้เล่น “สวาทแคท” บุกรัง “ค้างคาวไฟ”.ผู้รักษาประตู11.แซมมวล ป. คันนิงแฮม Samuel Por…

Posted by Nakhonratchasima FC on Saturday, June 30, 2018

Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan pertamanya, Shahrel berjaya membantu pasukannya membawa pulang 1 mata apabila mencatat keputusan seri 1-1.

Keputusan itu menyaksikan Nakhon Ratchasima kini berada dikedudukan ke 9 liga dengan 28 mata manakala Sukhothai pula di tangga ke 14 dengan 25 mata.

Selepas ini, pasukannya akan menentang Ratchaburi FC pada 7 Julai dan menghadapi pusingan kedua Piala Liga Thai menentang Pattaya United pada 11 Julai depan.

Aksi Shahrel Fikri ketika memanas badan sebelum perlawanan menentang Sukothai FC semalam. FOTO: Nakhonratchasima FC Official Facebok

Penyerang berusia 23 tahun itu telah ditawarkan kontrak selama lima bulan sebagai pemain pinjaman kelab yang digelarkan sebagai Swat Cat itu.

Shahrel merupakan pemain ketiga dari Malaysia yang beraksi di saingan liga divisyen utama Thailand selepas dua pemain berdarah kacukan, Kiko Insa (Bangkok Glass) dan Curran Ferns (Sukhotai FC).

Kiko bagaimanapun hanya sempat beraksi dalam empat perlawanan sebelum kembali ke Malaysia untuk menyertai juara Liga Super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram