Shah Alam Antlers Tumpul Di Depan Gol, Tumbang 0-1 Dengan Axis O2 FC

Perlawanan di antara pasukan dari Petaling Jaya, Axis-O2 FC dan Shah Alam Antlers FC berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada Axis-O2 FC dengan jaringan tunggal dari Muhd Adli semalam di Stadium Panasonic, Shah Alam.

Perlawanan bermula dengan Antlers mendapat peluang keemasan seawal minit ke-10 apabila Antlers gagal menyempurnakan peluang di hadapan gol. Penjaga gol Axis-O2, Mohd Noor Azrin menampilkan refleks yang cukup mantap untuk menepis cubaan Antlers. Antara “Saves of the season”.

Enam minit kemudian, Axis-O2 berjaya membolosi gawang gol Antlers pada dengan jaringan dari Muhd Adli.

Peluang untuk Axis-O2 hadir apabila mereka memenangi sepakan sudut. Antlers tidak berjaya mengeluarkan bola dari kotak mereka dan telah memberi ruang dan masa untuk Muhd Adli menyudahkan peluang tersebut dengan mudah.

Axis-O2 terus membuat beberapa serangan dalam separuh masa pertama. Gandingan Muhd Adli dan Mohd Lukhman Noor Hakim di bahagian midfield Axis-O2 memberi kelebihan kepada mengawal permainan.

Muhd Adli kelihatan selesa mengawal bola dan sering memenangi tandukan bola di udara sementara Mohd Lukhman Noor Hakim sentiasa kelihatan berbahaya kepada Antlers apa mendapat bola.

Antlers pada separuh masa pertama seperti kekurangan kreativiti untuk menyerang dan sering membuat hantaran jauh. Bermula separuh masa kedua, Antlers kelihatan lebih berbahaya. Apabila memegang bola.

Juara KVL Super ini kelihatan lebih selesa mengawal bola tetapi formasi Axis-O2 yang kompak apabila bertahan mudah mematahkan serangan Antlers.

Perlawanan menjadi semakin tegang sehinggakan pengadil terpaksa melayangkan 5 kad kuning di dalam separuh masa kedua.

Antlers bernasib baik untuk terus bermain dengan 11 orang di atas padang setelah pemain tengah mereka, Ahmad Marzuqi membuat bentesan yang kelihatan sangat berbahaya dari depan, namun hanya diberi kad kuning oleh pengadil.

Perlawanan tamat dengan jaringan Axis-O2 (1) vs (0) Shah Alam Antlers. Axis-O2 sekarang memiliki empat mata di dalam kumpulan B, dan berada di tangga kedua manakala Antlers hanya memiliki satu mata dari dua perlawanan dan berada di tangga keenam dalam kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN