Shah Alam Antlers Rampas Tempat Pertama Kumpulan B, Belasah TTDI Terrapins 5-1

Shah Alam Antlers FC menghantar mesej yang jelas kepada semua pasukan di dalam kumpulan B setelah membenam juara bertahan, TTDI Terrapins FC 1-5 di Stadium Panasonic malam semalam, they are here to win it.

Antlers yang gagal mencari rentak permainan mereka pada dua perlawanan pertama, mempamerkan peningkatan kepada prestasi mereka apabila menewaskan Shah Alam United pada minggu lalu. Kali ini, mereka ingin meneruskan momentum dan keyakinan yang ada menentang Terrapins FC.

Terrapins FC pula baru sahaja tewas kepada Klasiko FC 4-0, mencari inspirasi untuk bounce back dan mencari mata pertama mereka. Terrapins juga belum menjaringkan gol lagi setakat ini dan mungkin dapat mencari gol pertama mereka dalam perlawanan ini.

Sebaik sahaja perlawanan bermula, kedua-dua pasukan menampilkan permainan yang kemas. Gol pertama hadir seawal minit ke-7, apabila Antlers mengenakan high and fast pressing kepada Terrapins di dalam kawasan kotak penalti mereka.

Chukwu Chijioke mengambil kesempatan ke atas kelemahan Terrapins ini yang gagal mengeluarkan bola dari kotak penalti mereka untuk membuka jaringan dengan gol yang cantik, merembat bola di penjuru kiri gol.

Antara star performers di dalam perlawnan ini, Fidaurs Selvam, nombor 12 dari Antlers, yang bermain di bahagian sayap kanan Antlers membuat banyak larian di bahagian kanan mengancam bek kiri Terrapins. Pada min-21, Firdaus Selvam membuat hantaran yang cantik ke dalam kotak namun tiada yang dapat menyudahkan peluang tersebut.

Pemain terbaik Antlers pada Shah Alam Derby minggu lalu, Nazran juga menyerlah dengan gerakan mantap di bahagian tengah. Sentiasa kelihatan berbahaya apabila memegang bola.

Terrapins berjaya memenangi sepakan percuma, tetapi peluang disia-siakan. Terrapins kelihatan seperti memiliki krisis di hadapan gol.

Chukwu Chijioke pula sering kali drifting ke bahagian sayap kanan memberi masalah kepada Terrapins. Gol kedua Antlers hadir pada separuh masa kedua pada minit ke-43, jaringan Firdaus Selvam yang sememangnya layak menerima gol tersebut hasil kerja kerasnya di sayap kanan.

Selang 3 minit kemudian, Antlers menambah lagi jaringan dari Kumaran Vijayan pada minit ke-46. Gandingan Chukwu, Firdaus Selvam dan Kumaran ternyata berbisa pada perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, Terrapins tidak mengalah dan terus melancarkan serangan demi serangan untuk mencari gol pertamanya.

Akhirnya, mereka berjaya menjaringkan gol pada minit ke-56 hasil jaringan Mohd Norsyafiq. Peluang dari sepakan sudut yang Antlers gagal mempertahankan. Ini merupakan gol pertama mereka di dalam kejohanan.

Antlers yang sudah memiliki 3 gol tidak berasa terancam dan terus bermain dengan cara yang sama. Dalam masa satu minit sahaja, Antlers mencari gol keempat mereka, merampas bola dari Terrapins dan membuat serangan balas dari sebelah kanan.

Firdaus Selvam sekali lagi membuat hantaran yang cantik ke dalam kotak dan disudahkan oleh Chukwu Chijioke. Gol keduanya di dalam perlawanan ini.

Firdaus Selvam melengkapkan perlawanan dengan gol keduanya, dan gol kelima buat antlers pada minit ke-64 untuk menghapuskan segala peluang terrapins di dalam perlawanan ini. Kedua-dua pemain Antlers Chukwu dan Firdaus Selvam berjaya mengutip 2 gol.

Perlawanan berakhir dengan jaringan 1-5 berpihak kepada Shah Alam Antlers FC.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN