Shah Alam Antlers 4-0 SLBJ: Klang Valley Super League (Matchday 4)

SLBJ menjadi mangsa Shah Alam Antlers yang seterusnya apabila tewas 0-4 dalam perlawanan Klang Valley Super League minggu ke-4 di Antlersland semalam.

Petang Sabtu semalam merupakan hari yang produktif bagi Shah Alam Antlers. Pada hari sama ahli kelab mengadakan perjumpaan rasmi dengan exco pengurusan kelab, mereka turut dapat menyaksikan pasukan mereka menewaskan SLBJ.

4 gol Antlers dijaringkan oleh Firdaus Selvam (38′), Shahid Akhbar (39′), Mohamad Raffi (55′) dan Kumaran (70′).

Sejak dari minit pertama, sudah jelas kita mendominasi aspek penguasaan bola dan ciptaan peluang gol. Bagaimanapun gol hanya tiba pada separuh masa kedua.

Antlers gagal manfaat peluang separuh masa pertama

Dalam perlawanan yang berlangsung di bawah cahaya matahari yang terik, kebiasaannya Antlers memulakan separuh masa pertama dengan tempo perlahan. Tetapi dalam perlawanan semalam, pemain kita nampak seperti sebuah pasukan yang berlainan.

Perubahan terbesar dapat dilihat melalui jentera tengah Antlers yang kini dihuni 3 pemain. Berbanding hanya 2 pemain sahaja dalam 3 perlawanan sebelum ini.

Dalam formasi 4-3-3, Antlers tampak dominan di tengah dengan kehadiran Amres Singh (gambar bawah), Mohamad Naim dan Ahmad Shahidan.

Serangan demi serangan dilancarkan oleh Antlers. Bagaimanapun kesemuanya gagal disudahkan oleh trio serangan Shahid Akhbar, Firdaus Selvam dan Ku Mohd Nazran.

Ditambah pula dengan kegugupan penjaga gol SLBJ yang jelas bergelut menangkap bola tinggi, Antlers sepatutnya sudah boleh mendahului.

Serangan psikologi penyokong Antlers berjaya

Pada separuh masa kedua, Atlers memasukkan penjaring terbanyak Mohamad Raffi untuk menggantikan Ku Mohd Nazran.

Dengan penjaga gol SLBJ yang kini terpaksa bermain betul-betul di hadapan seksyen penyokong Antlers yang fanatik, ia peluang terbaik untuk kita mencari gol pendahuluan.

Hasrat tersebut dimakbulkan Tuhan pada minit ke-38 apabila Firdaus Selvam menjaringkan gol.

Biarpun rembatannya berjaya ditampan oleh penjaga gol SLBJ, ia tak cukup untuk menahan kuasa rembatan bola tersebut untuk masuk ke jaring.

Belum cukup masa untuk SLBJ menenangkan diri daripada situasi ketinggalan gol dan diserang secara psikologi, Antlers sudah pun menambah gol ke-2.

Kali ini, bek kanan Aiman Sirajuddin melakukan gerakan satu-dua menarik di sayap kanan sebelum menghantar hantaran lintang rendah ke laluan Shahid Akhbar. Hingga kini Shahid telah mengumpul 2 gol daripada 2 perlawanan!

SLBJ runtuh pada separuh masa ketiga

Apabila separuh masa ketiga bersambung, Antlers meneruskan apa yang dilakukannya sebelum ini – mendominasi penguasaan bola, mencipta peluang dan meporak-perandakan pertahanan SLBJ.

5 minit selepas rehat, penjaring terbanyak pasukan, Mohamad Raffi melakukan sepakan sudut ajaib dari sebelah kiri padang.

Sepakan sudut beliau tidak dicabar sesiapa – termasuklah penjaga gol lawan – untuk terus masuk ke gawang SLBJ. Shah Alam Antler 3 – SLBJ 0.

Dengan SLBJ yang dibelenggu banyak kecederaan dan mula nampak keletihan, Antlers memanfaatkan peluang ini untuk melancarkan lebih banyak serangan.

Hasilnya Kumaran berjaya mendapatkan gol debut selepas berjaya menewaskan 3 pemain SLBJ.

Selain jentera tengah yang produktif dan trio serangan yang berbahaya, jentera pertahanan kita juga perlu dipuji. Gandingan Sathiskumar dan Nicholas kelihatan semakin kukuh setiap kali mereka bermain bersama.

Aiman Sirajuddin pula memberikan Asyraf Hanani sebab untuk berasa risau di posisi bek kanan. Manakala Fitry Johari yang baru berusia 17 tahun memberikan persembahan matang di posisi bek kiri.

Pemain terbaik perlawanan: Aiman Sirajuddin

Statistik perlawanan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN