Sevilla Tewaskan Osasuna, Terus Himpit Real Madrid Di Puncak La Liga

Sevilla tewaskan Osasuna dalam aksi La Liga yang menyaksikan mereka ‘seram sejuk’ sebelum menang.

Pesta gol

Sevilla tewaskan Osasuna dalam aksi di tempat lawan yang menyaksikan 7 gol terhasil dalam perlawanan tersebut.

Mereka bagaimana pun ketinggalan seawal minit ke-15 apabila Sergio Leon menjaringkan gol pembukaan.

Victor Iborra kemudiannya menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir separuh masa pertama untuk kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan dengan jaringan 1-1.

Iborra kemudiannya ‘menjaringkan’ gol kedua beliau apabila tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-63.

Namun selepas itu, beliau kembali menebus dosanya apabila menjaringkan gol kedua Sevilla dan keempat dalam perlawanan tersebut.

Franco Vazquez akhirnya meletakkan Sevilla di depan apabila tandukan beliau pada minit ke-80 seolah memberikan 3 mata untuk mereka.

Kemenangan mereka disahkan oleh gol dari Pablo Sarabia apabila beliau menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk memberikan satu lagi kemenangan untuk mereka.

Namun begitu, mereka ‘berpeluh’ seketika apabila Kenan Kodro menjaringkan gol ketiga Osasuna, namun ia sudah terlambat buat mereka.

Tergelincir

Real Madrid berjaya memperoleh kemenangan apabila mereka menewaskan pasukan pertengahan liga iaitu Malaga.

Sergio Ramos menjadi tumpuan apabila beliau menjaringkan 2 gol untuk pendahulu liga itu sementara Anor Acosta menjaringkan 1 gol untuk pasukan pelawat.

Atletico Madrid pula tergelincir mata apabila tidak berjaya memperoleh 3 mata selepas terikat 2-2 dengan Athletic Bilbao.

Koke berjaya meletakkan Atletico Madrid di hadapan namun gol dari Inigo Lekue dan Oscar De Marcos meletakkan Athletic Bilbao dihadapan 2-1.

Antoine Griezmann mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol cantik untuk pasukan Atletico Madrid, namun golnya itu tidak memberi apa-apa makna kerana mereka gagal mengutip 3 mata penuh.

Barcelona pula terus mengejar Real Madrid dan Sevilla apabila mereka membelasah Eibar dengan jaringan 4-0.

Gol dari Denis Suarez, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar memberikan 3 mata buat mereka di tempat lawan.

Berikut adalah kedudukan 5 pasukan terbaik La Liga selepas minggu 19 perlawanan:

  • Real Madrid – 43 mata (mempunyai 1 perlawanan dalam tangan)
  • Sevilla – 42 mata
  • Barcelona – 41 mata
  • Atletico Madrid – 35 mata (mempunyai perbezaan gol yang lebih baik berbanding Real Sociedad)
  • Real Sociedad – 35 mata

Baca juga: Ryan Mason Alami Kecederaan Di Kepala Pada Aksi Chelsea-Hull City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN