Sevilla Dan Manchester United Terikat Tanpa Jaringan, David De Gea Pamer Ketangkasan

Manchester United

Perlawanan diantara Sevilla bertemu Manchester United menjadi satu-satunya aksi pada perlawanan pertama pusingan 16 terbaik yang gagal menghadirkan sebarang jaringan apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Ramon Sanchez Pizjuan.

Sevilla yang mendominasi permainan terpaksa akur dengan ketangkasan dipamerkan penjaga gol lawan, David De Gea apabila pemain antarabangsa Sepanyol tersebut bertindak cemerlang menafikan beberapa peluang keemasan dimiliki skuad bimbingan Vincenzo Montella itu.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho sekali lagi mengenepikan bintang termahalnya, Paul Pogba di kesebelasan utama.

Namun, Pogba kemudiannya dimasukkan pada minit ke-17 bagi menggantikan Ander Herrera  yang  mengalami kecederaan.

Pasukan pelawat diuji seawal minit ke-4 permainan setelah rembatan dari luar kotak penalti oleh Lucas Muriel berjaya diselamatkan De Gea.

SEVILLE, SPAIN – FEBRUARY 21: David De Gea of Manchester United warms up during the UEFA Champions League Round of 16 First Leg match between Sevilla FC and Manchester United at Estadio Ramon Sanchez Pizjuan on February 21, 2018 in Seville, Spain. (Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

Pemain muda United, Scott McTominay juga melakukan percubaan dari luar kotak penalti, namun penjaga gol Sevilla, Sergio Rico lebih bersedia untuk menepis bola rembatan kaki kiri dari McTominay.

Sevilla berpeluang membuka tirai jaringan pada minit ke-45 tetapi ketangkasan De Gea yang menghalang tandukan dari Steven Nzonzi telah menghampakan kem tuan rumah.

Pada masa kecederaan babak pertama, De Gea sekali lagi mempamerkan aksi luar biasa dengan menafikan tandukan dari Luis Muriel yang mempunyai peluang apabila hanya berhadapan dengan penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Kedua-dua pasukan masih buntu untuk mencipta jaringan hingga tamat perlawanan dan aksi kedua di Old Trafford nanti sudah pasti bakal berlangsung dengan menarik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN