‘Setia Hujung Nyawa’ – Rashford Mahu Jadi Pemain Satu Kelab Buat United

Marcus Rashford Manchester United

Walaupun khidmatnya telah mula diintai oleh beberapa kelab utama Eropah, Marcus Rashford telah bertekad untuk meletakkan kesetiaannya hanya kepada Manchester United kerana telah pun memasang impian untuk menjadi pemain satu kelab untuk The Red Devils.

Rashford yang merupakan graduan akadami United telah pun membuat 232 penampilan dalam semua pertandingan sekalipun usianya baharu mencecah 23 tahun.

Beliau mula membuat penampilan bersama skuad utama pada 2016 ketika berusia 18 tahun dengan membuat kejutan menjaringkan dua gol ketika berdepan kelab Denmark Midtjylland dalam saingan Liga Europa (UEL).

“Pada saya, tak pernah pandang pasukan lain, hanya Manchester United,” ujarnya dalam temubual bersama Persatuan Penulis Sukan.

“Semasa saya kecil, tiada pasukan lain dalam fikiran saya kecuali Manchester United, saya sendiri tak sanggup nak bayangkan jika saya menyarung jersi pasukan lain.”

Beliau cuba mengimbau kesusahan keluarganya semasa zaman kanak-kanak dan United adalah pasukan yang telah memberikan peluang dan harapan kepadanya untuk berada pada tahap ini.

“Saya bercakap tentang jasa United, apabila mereka memberikan saya tempat tinggal kerana ibu saya berglut di rumah semasa saya berusia 11 tahun dan saya kekal di sana sehingga usia saya 16 atau 17.

“Jadi ianya sangat bermakna pada saya berbanding apa yang orang luar lihat. Mereka memberikan peluang kepada saya untuk membuktikan keupayaan kerana mereka yakin bahawa saya mempunyai bakat yang besar dalam bola sepak.”

Kenyataan Rashford itu dibuat selepas beliau diumumkan sebagai pemenang anugerah Atlet Perubahan Sosial di mana beliau diberi penghargaan di atas usahanya untuk membantu kanak-kanak miskin dengan program membaca dan makanan percuma.

Manchester United semasa zaman Sir Alex Ferguson diketahui sebagai pasukan yang banyak memberikan peluang kepada pemainnya untuk terus kekal bersama pasukan sehingga persaraan mereka.

Antara pemain yang berpeluang untuk menjadi pemain satu kelab bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut adalah Ryan Giggs (1991-2014), Paul Scholes (1994-2013), Gary Neville (1992-2011) dan Bill Foulkes (1952-1969).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Marcus Rashford dan Manchester United:

‘Hidupkan Impian Mereka’ – Rashford Mahu Kanak-Kanak Miskin Membaca Dengan Tubuhkan Kelab Buku

Marcus Rashford Terima Anugerah Diraja Atas Jasa Bantu Kanak-Kanak Memerlukan

Rashford Bakal Terima Anugerah Doktor Kehormat Universiti Manchester

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply