Sertai Skuad Argentina Tanpa Kebenaran, Tottenham Akan Hukum Lo Celso, Romero

Giovani Lo Celso Cristian Romero Tottenham Hotspur Argentina

Dua pemain Argentina, Cristian Romero dan Giovani Lo Celso dijangka bakal dikenakan hukuman dan denda oleh kelabnya Tottenham Hotspur apabila mereka kembali dari tugasan antarabangsa.

Mereka bersama dua lagi pemain Liga Perana Inggeris (EPL), Emiliano Martinez dan Emiliano Buendia telah melanggar peraturan kuarantin di Brazil sehingga menyebabkan kekecohan berlaku sewaktu perlawanan kelayakan Piala Dunia tempoh hari.

Menurut Badan Penguatkuasa Kesihatan Brazil (ANVISA), empat pemain dari kelab EPL itu didapati mengisi maklumat palsu.

Seperti United Kingdom, kerajaan Brazil juga telah mengambil langkah menyenarai pemain dari Eropah yang berada dalam zon merah untuk menjalani kuarantin selama 10 hari.

Aksi di antara Argentina dan Brazil itu terhenti pada minit ketujuh selepas pegawai ANVISA dan pihak berkuasa Brazil menyerbu masuk ke dalam padang selepas amaran awal berkenaan empat pemain tersebut tidak diendahkan.

Jawatankuasa Disiplin FIFA kini masih menganalisis laporan mengenai kejadian yang berlaku di Sao Paulo itu sebelum memutuskan tindakan yang akan diambil kepada persatuan bola sepak negara yang didapati menjadi punca kepada insiden tersebut.

“FIFA menyesali insiden yang berlaku sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 CONMEBOL antara Brazil dan Argentina itu ditangguhkan,” ujar FIFA dalam kenyataan rasminya.

“Ia telah menghalang jutaan peminat menikmati perlawanan antara dua negara bola sepak paling penting di dunia. Lapran rasmi oleh pegawai perlawanan telah diterima. Maklumat ini akan dianalisis oleh jawatankuasa disiplin dan tindakan lanjut akan diambil.”

Tottenham dalam kenyataannya pula menyatakan kekesalan terhadap insiden tersebut dan menegaskan dua pemainnya itu tidak diberikan pelepasan untuk menyertai skuad Argentina.

Pihak kelab masih tidak tahu tarikh sebanar kedua pemain tersebut akan pulang, tetapi mereka dijangka diberikan hukuman apabila kembali.

Tetapi kedua-dua dijangka tidak akan dibenarkan untuk beraksi apabila Tottenham bertandang ke Crystal Palace pada hujung minggu ini. Martinez dan Buendia juga tidak akan beraksi untuk Aston Villa apabila bertemu Chelsea.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply