Sertai SB Di Fantasy Premier League Bagi Musim 2021/2022 Sekarang

EPL bagi musim 2021/2022 akan melakukan sepak mula tak lama lagi pada 14 Ogos 2021. Seperti biasa bagi memeriahkan suasana musim. Ramailah yang mencipta liga sendiri di platform Fantasy Premier League.

Semuanya BOLA juga tidak terkecuali untuk menganjurkan liga sendiri di FPL dan kami menjemput semua yang mahu menyertai liga ini.

Cara penyertaan.

Siapa nak sertai boleh ikut arahan yang berikut:

1 – Daftar FPL sekiranya belum di sini https://fantasy.premierleague.com/. Cipta pasukan anda.

2 – Selepas cipta pasukan, sila ke https://fantasy.premierleague.com/leagues/join/private. Anda akan nampak ruang seperti gambar di bawah. Ok kami akan bagi tahu cara nak dapatkan kod liga di bawah.

3 – Daftar minat melalui newsletter kami di sini [KLIK].

Sila masukkan emel yang sah. Jika tidak, anda tidak akan dapat kod liga.

4 РSahkan emel anda. Sila semak tab Promotion, Social atau SPAM.

5 – Setelah anda sahkan emel. Anda akan dapat lagi satu emel daripada kami dengan kod liga.

6 – Copy kod liga FPL tersebut dan Paste di https://fantasy.premierleague.com/leagues/join/private.

Ada yuran tak?

Penyertaan adalah percuma. Yuran anda adalah masa untuk susun pasukan supaya lebih cemerlang.

Apa yang kami tawarkan?

Pada awalnya kami nak buat suka-suka je. Bila kami fikirkan semula, eloklah kami give back semula kepada komuniti. Setiap peserta berpeluang untuk mendapatkan hadiah wang tunai daripada kami di akhir musim.

Hadiah utama.

Tempat #1
RM500, SB Membership sepanjang hayat dan merchandise daripada SB.

Tempat #2
RM300, SB Membership sepanjang hayat dan merchandise daripada SB.

Tempat #3
RM100, SB Membership sepanjang hayat dan merchandise daripada SB.

Tempat #4 ke #10
RM50, SB Membership selama 1 tahun dan merchandise daripada SB.

Siapa yang boleh sertai?

Semua orang boleh sertai FPL anjuran SB ini.

Siapa yang layak dapat hadiah?

Hanya mereka yang lakukan pendaftaran di atas sahaja kami akan diberikan hadiah. Sebelum pemberian hadiah, kami akan sahkan maklumat yang ada pada kami terlebih dahulu.

Sekiranya pemenang dalam liga tidak berdaftar melalui borang yang kami sediakan di atas. Pemenang lain akan dipilih.

Sampai bila penyertaan diterima?

Kami sentiasa buka penyertaan sehingga akhir musim. Cuma jika anda masuk lewat musim, peluang untuk kumpulkan mata yang banyak mungkin sukar.

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply