Serie A Berkabung, Kematian Davide Astori Kejutkan Itali

Pemain Fiorentina, Davide Astori ditemui meninggal dunia di sebuah hotel. Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Pemain antarabangsa Itali itu baru sahaja berusia 31 tahun. Pihak Fiorentina telah mengumumkan secara rasmi di laman sosial milik mereka.

Tangguh

Disebabkan kematian mengejut Davide, perlawanan yang dijadualkan antara kelabnya menentang Udinese ditangguhkan.

Pihak Fiorentina dalam kenyataan agar tiada sebarang kenyataan melanggar sensitiviti dikeluarkan oleh mana-mana pihak. Ini bertujuan untuk menjaga hati keluarga Davide.

Beliau pernah menerima panggilan antarabangsa untuk Itali sebanyak 14 kali. Sebelum beraksi untuk Fiorentina, beliau pernah menyarung jersi Cagliari.

Mendiang juga pernah beraksi seketika bersama AS Roma secara pinjaman dari Cagliari. Sebelum menandatangani kontrak tetap bersama Fiorentina, beliau pernah dipinjamkan seketika ke kelab itu.

Semoga keluarga, sahabat dan pasukan Fiorentina tabah menerima berita duka ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN