Serie A: Juventus Tewaskan Inter Dalam Stadium Kosong

Iklan

Juventus menewaskan Inter Milan untuk kembali di tangga teratas Serie A. Namun perlawanan tersebut diadakan dalam suasana janggal kerana diadakan di stadium kosong dek penangan wabak coronavirus.

Perlawanan diantara Juventus dan Inter sentiasa dianggap sebagai salah satu perlawanan bola sepak terbesar di Itali, diadakan di stadium tanpa penonton.

Semua kelab di Serie A terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut sehingga 3 April, atau tarikh lain yang akan dikemaskini kemudian oleh pentadbir pertandingan.

Sehingga kini, 366 pesakit telah mati akibat wabak tersebut, dan 7,375 telah dilaporkan dijangkiti virus berkenaan.

Aaron Ramsey dan Paulo Dybala menjaringkan satu gol masing-masing untuk memberikan kelebihan satu mata kepada Juventus di atas Lazio.

Impian Inter untuk mencabar kejuaraan liga kini tampak seperti berakhir selepas ketinggalan sembilan mata di belakang Juventus selepas kekalahan ini.

Cristiano Ronaldo yang sebelum itu berpura-pura memberikan high-five kepada penyokong bayangannya gagal buat pertama kali menjaringkan gol sejak 1o November lalu.

Ini bermakna 11 perlawanan berturut-turut dimana Ronaldo menjaringkan gol kini menyamai rekod yang turut dihasilkan Gabriel Batistuta dan Fabio Quagliarella.

Inter kemudiannya turut menyaksikan Daniele Padelli dilayangkan kad merah dari bangku pemain simpanan kerana berbahasa kasar pada babak kedua.

Dalam atmosfera perlawanan yang seperti sesi latihan, penonton di kaca televisyen hanya mendengar bola disepak dan jeritan diantara pemain dan jurulatih.

Kakitangan kelab dan pihak keselamatan dibenarkan memasuki Stadium Allianz itu, tetapi penyokong dan keluarga pemain tidak dibenarkan.

Malah setiap pemain dan individu yang memasuki stadium diperiksa suhu badannya terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram