Sergio Fabian Ezequiel Aguero, Pemain Muda Argentina Yang Lincah

Sergio Fabian Ezequiel Aguero menjadi antara pemain penting dalam skuad Melaka musim 2017. Beliau adalah pemain yang lincah yang beroperasi sebagai penyerang kedua. Beliau lebih dikenali dengan nama Sergio Aguero.

Profail 

Nama: Sergio Fabian Ezequiel Aguero
Tarikh Lahir: 7 April 1994
Tempat Lahir: La Rioja Argentina
Tinggi: 1.74m
Kewarganegaraan: Argentina
Posisi: Penyerang Kedua, Penyerang
Kaki prima: Kanan
Kelab semasa (2017): Melaka United

Karier

Pemain ini masih muda dan merupakan graduan daripada kelab All Boys U20 di Argentina. All Boys U20 yang merupakan pasukan belia untuk CA All Boys.

Ini antara aksi beliau ketika awal remaja pada musim 2011.

Beliau dipromosi ke pasukan utama Club Atletico All Boys yang bermain dalam liga divisyen ke-2 Argentina.

Beliau gagal mendapat lebih banyak minit perlawanan di sana. Aguero kemudian dilepaskan oleh kelab tersebut pada akhir musim 2015.

Pada 2016, beliau berkelana ke Hungary untuk menyertai Tatabanya FC. Selepas hanya semusim di sana, Aguero mengambil keputusan untuk menyertai Liga Malaysia.

Beliau pernah menyertai percubaan di JDTII. Namun gagal mendapatkan kontrak di kelab yang menjadi feeder kepada JDT.

Aguero kemudian mendapat perhatian daripada pengendali Melaka United, Eric Williams. Aguero antara bakat yang dilihat mampu melengkapkan revolusi skuad Hang Tuah.

Corak permainan

Melihat kepada corak permainan beliau, Sergio Aguero adalah pemain penyerang kedua sejati. Beliau selesa berada di belakang pemain penyerang utama.

Captions:
Selangor player Abdul Halim Zainal (L) and Malacca player Sergio Fabian Ezequiel Aguero (R) during Super League match at Selayang Stadium on 27 January 2017. Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Aguero juga boleh bermain sebagai penyerang utama dan juga penyerang sayap jika diperlukan. Ini menjadikan beliau pemain yang agak sistematik di dalam padang.

Beliau ada kemampuan yang baik dengan bola di kaki. Gemar menyusup masuk sehingga ke kawasan byline.

Dengan usia yang masih muda, Melaka United harus memikirkan untuk membangunkan bakat ini dengan kaedah pembangunan yang berkesan.

Baca juga: Godwin Antwi: Hulubalang Melaka United Dari Akademi Liverpool

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN