Sergio Busquets: Sukar Buat Barcelona Untuk Juarai La Liga

Sergio Busquets

Pemain tengah Barcelona, Sergio Busquets mengakui keputusan seri 2-2 yang dicatatkan The Blaugrana bertemu Atletico Madrid, awal pagi telah menyulitkan lagi peluang kelab tersebut untuk menjulang trofi La Liga buat kali ketiga berturut-turut.

Perlawanan yang berlangsung di Nou Camp itu menyaksikan dua kali kelebihan dimiliki skuad Barcelona berjaya dipadamkan oleh Saul Niguez dengan dua sepakan penalti disudahkannya bagi menewaskan penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen.

Keputusan seri itu juga disifatkan oleh Busquets sebagai memberikan peluang luas buat musuh tradisi, Real Madrid untuk menjuarai saingan liga musim ini.

Real Madrid yang masih kekurangan satu perlawanan berbanding Barcelona, berpeluang untuk menjarakkan lagi kedudukan mereka kepada empat mata sekiranya skuad bimbingan Zinedine Zidane itu berjaya menundukkan Getafe, Rabu nanti.

Meskipun peluang tampak sedikit sukar, pemain tengah berusia 31 tahun itu tetap melaungkan keyakinan bahawa Barcelona akan memberikan tekanan buat Real Madrid.

”Lihat, adalah sangat sulit untuk bersaing merebut kejuaraan sekiranya anda melepaskan dua mata pada setiap dua perlawanan, tetapi kami akan terus berjuang sehingga ke penghujung [musim].”

”Kami tahu bahawa amat sukar tetapi kami akan terus mencuba. Mereka [Atletico Madrid] merupakan musuh yang sukar. Kami menguasai permainan dan mencipta peluang tetapi dua sepakan penalti, telah menghukum kami. Ia sungguh memalukan.”

”Kami mendahului dan berada dalam situasi yang sempurna sebelum rehat separuh masa. Saya merasakan ia menjadi sukar buat kami sejak beberapa perlawanan kami bermain dengan baik, ada yang tidak.”

”Keciciran mata pada hari ini dan minggu ini bermakna kami sedikit jauh dari matlamat kami, iaitu untuk mengekalkan kejuaraan. Saya merasakan kami bermain baik pada hari ini tetapi ia merupakan tugasan sukar buat kami,” ujar Busquets menurut laporan Goal.

Kredit featured image: Alex Caparros/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Sergio Busquets dan Barcelona:

https://semuanyabola.com/sergio-busquets-tidak-mahu-barca-dibuai-rekod-pertemuan-waspada-ancaman-serangan-lyon/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN