Sergio Aguero Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Selepas kehilangan Benjamin Mendy yang mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL), kem Manchester City yang diketuai Pep Guardiola sedikit goyah bagi menghadapi Chelsea pada hujung minggu ini apabila penyerang utama mereka, Sergio Aguero diberitakan mengalami kemalangan jalan raya di Belanda.

Penyerang antarabangsa Argentina itu ke Belanda bagi menyaksikan konsert artis dari Colombia, Maluma dan kemalangan tersebut terjadi ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang dan teksi yang dinaiki Aguero telah melanggar tiang. Aguero kemudiannya dibawa ke hospital terdekat.

Mengikut sumber Goal, Aguero dilaporkan memakai tali pinggang keledar ketika itu namun beliau telah mengalami patah tulang rusuk berpunca dari kemalangan tersebut.

Sergio Aguero
MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 23: Sergio Aguero of Manchester City celebrates scoring his sides fourth goal with his Manchester City team mates during the Premier League match between Manchester City and Crystal Palace at Etihad Stadium on September 23, 2017 in Manchester, England. (Photo by Victoria Haydn/Manchester City FC via Getty Images)

Bekas kelab Aguero di Argentina, Indipendiente seolah-olah mengesahkan perkara tersebut apabila memuatnaik ‘Tweet’ pada akaun Twitter rasmi kelab dengan berkata: ”Kekuatan dan cepat pulih, Independiente bersama anda dalam masa yang sukar ini.”

Tweet dari Indenpediente kepada Aguero.

Menurut beberapa sumber, Aguero kemungkinan terpaksa direhatkan selama 2 bulan yang sudah pastinya perkara ini menghadirkan masalah buat skuad Argentina yang kini sedang bergelut dalam Kelayakan Piala Dunia 2018 dan juga merencatkan sedikit persiapan Manchester City yang kini sedang menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Aguero bakal terlepas beberapa perlawanan genting sekiranya benar beliau akan direhatkan selama 2 bulan iaitu perlawanan bertemu Chelsea pada Sabtu ini, Arsenal (5 Nov) dan tiga daripada empat baki perlawanan dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Beliau juga akan terlepas aksi getir dalam saingan Kelayakan Piala Dunia bertemu Peru dan Ecuador pada awal bulan Oktober nanti.

Namun begitu masih tiada berita rasmi yang dikeluarkan oleh Manchester City mahupun skuad kebangsaan Argentina mengenai perkara ini. Sama-sama kita nantikan dan semoga cepat sembuh buat Sergio Aguero!

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-gb/news/aguero-injured-in-car-accident-in-netherlands/jx4ybnjkbqvd1xwewinwu6042

Yahoo Sports (2017) – https://sports.yahoo.com/sergio-aguero-injured-car-accident-per-reports-024404656.html

Sport Illustrated (2017) – https://www.si.com/soccer/2017/09/28/sergio-aguero-car-accident-injury-ribs