Sergio Aguero: Man City Lepas, Man Utd Kebas?

Penyerang Manchester City berasal dari Argentina, Sergio Aguero telah mengesahkan bahawa musim ini adalah penampilan terakhirnya bersama kelab itu.

Selepas menjadikan dirinya sebagai salah penyerang elit di Premier League sejak 10 tahun, kini sudah tiba masa untuk pemain dari Argentina itu pergi.

Dalam ciapan Twitternya, Aguero menganggap ini sebahagian daripada hidup yang dimana semua yang bermula pasti akan berakhir.

Bersama Man City, Aguero telah merangkul empat gelaran Premier League, satu FA Cup dan lima EFL Cup.

Beliau masih berpeluang merangkul empat piala musim ini termasuk kejuaraan Eropah bersama City.

Bermula musim hadapan, Aguero berkata beliau akan mulakan cabaran baharu di tempat lain tetapi dengan kualiti yang sama beliau pernah berikan buat City.

Man City lepas

Pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini pernah mendedahkan bahawa rundingan bersama Aguero sebenarnya sedikit rumit memandangkan pihak kelab sentiasa menghormati beliau sebagai pemain legenda City.

Pep sendiri sudah membayangkan bahawa Sergio Aguero bakal meninggalkan kelab dan mahu mencuba menyahut cabaran baru dalam kariernya.

Akhirnya Man City memilih untuk melihat ke hadapan dan tekad melepaskan Aguero selepas kontrak beliau bersama kelab tersebut berakhir pada musim ini.

Man Utd kebas?

Adakah ini bermakna satu pintu tertutup, maka satu lagi pintu akan dibuka buat Aguero di Manchester? Keputusan tidak memperbaharui kontrak Aguero bermakna pemain ini boleh diperolehi secara percuma apabila jendela perpindahan dibuka nanti.

Ini mendorong beberapa kelab dari luar England untuk menghubungi pemain itu – dalam usaha untuk memperolehi persetujuan lisan –  selepas pengumuman tersebut dilakukan semalam.

Sehingga kini Aguero belum lagi menentukan hala tuju untuk masa depannya selepas ini, tetapi BBC melaporkan tidak kurang dari lima kelab telah menghubungi Aguero termasuk Manchester United.

Empat kelab lain yang turut menyatakan minat terhadap Aguero setakat ini adalah Paris Saint-Germain, Inter Milan, Chelsea, dan sebuah lagi kelab yang tidak dinamakan.

Perpindahan bakal cetus ketegangan

Jika benar Aguero akan ke Old Trafford, maka perpindahan tersebut akan menambahkan lagi kehangatan derbi Manchester selepas ini. Kedua-dua kelab adalah dua kelab terbesar di Manchester dan mendominasi dua kedudukan teratas Premeier League pada ketika ini.

Penyerang berusia 32 tahun itu kini telah diabadikan sebagai legenda bola sepak Inggeris di kalangan penyokong City selepas jaringan minit akhirnya pada 2012 memberikan kejuaraan Premier League pertama kepada kelab itu.

Bukan sahaja gol menentang QPR tersebut menjulang City. Jaringan oleh Aguero itu turut menafikan kejuaraan buat United yang sebelum itu berada di kedudukan teratas liga selepas menang ke atas Sunderland.

Ia pasti pahit buat City jika benar berlaku, tatkala City turut akan membina tugu Aguero di luar Etihad bersama-sama legenda moden yang lain seperti David Silva dan Vincent Kompany ala ‘United Trinity’ di Old Trafford yang membariskan legenda United seperti George Best, Denis Law dan Sir Bobby Charlton.

Perancangan Solksjaer?

Mengambil kira keadaan semasa, usaha memancing Sergio Aguero ke Old Trafford berkemungkinan disebabkan oleh keutamaan Ole Gunnar Solksjaer memburu pemain di posisi penyerang pada musim panas akan datang.

Masa depan Edinson Cavani dikatakan kabur selepas kontrak selama setahun beliau akan tamat. Pemain antarabangsa Uruguay itu turut dikaitkan dengan Boca Juniors di Argentina.

Manchester United juga dikatakan dalam pemburuan untuk mendapatkan penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland. Man City sendiri turut berada di dalam perlumbaan yang sama untuk penyerang dari Norway itu.

Aguero dilihat sebagai ‘back-up’ plan oleh Solksjaer dan United. Di sebalik semua usaha itu, tiada jaminan Haaland mahu pun Aguero akan ke Old Trafford, dn posisi tersebut akan menjadi masalah baharu buat United jika Cavani benar-benar pergi.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

 

 

Baca juga artikel kami mengenai Sergio Aguero:

Danny Ings Disebut-Sebut Bakal Ganti Aguero Di Man City

5 Kelab Yang Mungkin Jadi Destinasi Sergio Aguero Yang Seterusnya

Aguero Dikecam ‘Seksis’ Kerana Pegang Bahu Pembantu Pengadil Wanita

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN