Sergio Aguero: Hanya Liverpool Yang Boleh Hampakan Kami Dalam EPL

Aguero

Peledak berbisa Manchester City, Sergio Aguero menegaskan bahawa Liverpool merupakan satu-satunya kelab yang mampu untuk menghampakan The Cityzens dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perseteruan kedua-dua kelab pada musim lalu dilihat seperti bakal berterusan apabila The Reds kini mendahului Manchester City dengan kelebihan enam mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu berpeluang untuk merapatkan jurang mata kerana mereka akan berkunjung ke Anfield pada Isnin depan.

”Liverpool sentiasa merupakan lawan yang sukar buat kami. Tetapi apabila saya sampai [di Manchester City], pasukan yang sentiasa bersaing untuk merebut gelaran juara adalah [Manchester] United.”

”Pada mulanya sesuatu yang pelik di mana City bersaing dengan United. Kemudiannya Chelsea. Tetapi pada empat musim terakhoir, Liverpool menjadi sebuah pasukan yang cukup kuat dan kini sedang bersaing dengan kami untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.”

”Mereka [Liverpool] merupakan satu-satunya pasukan dalam saingan liga yang boleh menghampakan kami. Mereka telah mengejar gelaran liga sejak bertahun-tahun.”

”Musim lalu, mereka tidak pergi dengan begitu sahaja, mereka sangat bermotivasi. Tahun ini, mereka berada di hadapan kami dan akan mencuba sehingga ke akhirnya,” jelas Aguero lagi.

Pada musim lalu, Liverpool yang pada satu ketika menghuni tangga teratas saingan liga terpaksa akur untuk menyaksikan Manchester City mengesahkan kejuaraan EPL pada perlawanan terakhir.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN