Sergio Aguero Dedah Diet “Nasi Lauk Ayam” Rahsia Jadi Penyerang Berbisa Premier League

Penyerang Manchester City, Sergio Aguero dianggap sebagai salah seorang penyerang paling tajam dalam sejarah pertandingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Aguero telah mengukuhkan namanya sebagai penyerang elit di Premier League sejak 10 tahun yang lalu dan kini sudah tiba masa untuk pemain dari Argentina itu pergi.

Aguero meninggalkan City dengan catatan indah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab dengan 260 gol daripada 389 perlawanan.

Tetapi tidak ramai yang mengetahui rahsia di sebalik ketajaman penyudah penyerang dari Argentina itu.  Melalui satu perkongsian Aguero menjelaskan bagaimana perubahan diet yang beliau ambil membantu prestasi beliau di dalam padang.

Menurut Aguero sebelum ini beliau pernah mengalami masalah pening ketika beraksi di atas padang.

Ikut saranan doktor

“Saya rasa ia berlaku sekitar 2013 sehingga 2016, di mana saya ada masalah menyesuaikan diri dengan pemakanan.” kongsi Aguero kepada TyC Sports.

“Saya kemudiannya menemui seorang doktor secara atas talian – dan bermula mengubah pemikiran sejak dari itu,

“Saya maklumkan apa saya biasa makan, iaitu kepingan daging. Doktor kemudian menyarankan saya untuk mengambil daging hanya sekali seminggu, dan reaksi saya seperti “uhhh”.

“Kemudian saya berubah perlahan-lahan. Doktor menyarankan saya untuk makan nasi berlaukkan ayam – dan hari ini saya penggemar tegar nasi.

“Dalam bola sepak, sedikit perubahan berat akan mempengaruhi prestasi dan segera memberikan perbezaan. Menakjubkan kerana saranan tersebut berkesan.

Masalah Aguero dengan diet Guardiola

Masalah berat badan Aguero bukan perkara baharu. Malah ketika ketibaan Guardiola, pengurus dari Sepanyol itu berpendapat Aguero tidak cukup cergas dengan corak permainan yang beliau mahukan.

Tiba sahaja di Etihad, Guardiola terus melarang pengambilan makanan seperti cip kentang dan pizza. Larangan tersebut sedikit sebanyak turut membantu Aguero menurunkan berat badan.

“Pada 2016 dan 2017 terdapat perlawanan dimana tekanan darah saya tidak seimbang, dan saya berasa teruk.

“Saya mulai rasa pening. Ramai berkata ia berkemungkinan kerana ubat-ubatan yang diambil. Dalam bola sepak ada banyak ubat-ubatan yang diberi untuk membantu anda terutama untuk pemulihan.

“Saya beritahu mereka saya memang selalu mengambil pil, tetapi saya berpendapat ia adalah kerana berat badan. Saya ingat bagaimana berat saya sekitar 81 kg. Biasanya berat saya ialah 79.5kg atau 80kg.

“Di Atletico Madrid saya hanya 77. Maknanya dalam 13 tahun berat saya hanya meningkat sebanyak 2kg. Sudah tentu pada usia 18 tahun keupayaan badan saya berlainan dengan hari ini,” jelas Aguero lagi mengenai masalah berat badan tidak seimbang yang pernah menghantui beliau.

City tetap pantau

Aguero turut berkongsi bagaimana kelab memantau tahap kecergasan pemain sepanjang tempoh arahan berkurung, di mana pemain hanya berada dan berlatih di rumah.

“Mereka sentiasa melakukan kawalan. Ada kala saya berkata mahu mensasarkan berat 78kg. Tetapi jika ia melebihin sehingga 78.5kg, saya terus merasa lemah dan tidak berdaya.

“Mereka juga memantau anda dengan mengukur tahap darah. Teknologi yang ada pada hari ini sangat hebat. Saya juga selalu mengambil berat diri sendiri. Jika anda memantau diri setiap hari, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang berlaku.

“Adakala saya mahu melakukan BBQ. Tetapi ia juga sukar kerana kelab akan memberitahu apa yang anda harus makan.”

Satu perkara yang pasti, Aguero sudah tidak boleh kerap menikmati daging BBQ atau steak. Nasi pula adalah antara sumber karbohidrat untuk tenaga, dan ayam adalah sumber protein yang membantu membina kekuatan tubuh badan.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai Sergio Aguero melalui pautan di bawah:

Guardiola Anggap Aguero Legenda

Bagaimana Sergio Aguero Dapat Debut Profesional Pada Umur 15 Tahun

Valencia ‘Kena Kencing’ Pemain Sendiri Antara Kisah 10 Pemain Ambil Cuti Rehat

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN