Serge Gnabry: Meninggalkan Arsenal Adalah Keputusan Paling Tepat

Penyerang Bayern Munich dan Jerman, Serge Gnabry menyifatkan tindakannya meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal tiga tahun lepas merupakan keputusan penting dalam hidup yang dibuat demi kelangsungan kerjaya bola sepaknya

Selepas berpindah ke London dari akademi Stuttgart pada 2012, Gnabry tidak mendapat perhatian sewajarnya semasa di bawah bimbingan Arsene Wenger. Keadaan tidak berubah sepanjang beliau dipinjamkan semusim ke West Bromwich Albion.

Arsene Wenger dikhabarkan mahu memperbaharui kontrak Gnabry di Arsenal tetapi pengurus itu mengakui tidak dapat menjanjikan tempatnya dalam kesebelasan utama. Oleh yang demikian, pemain berusia 24 tahun itu kemudiannya dijual ke Werder Bremen pada 2016 dengan harga cuma £5 juta sahaja.

Musim pertama di Bremen, Gnabry membuat 27 penampilan dalam saingan Bundesliga dan mencetak 11 gol sekaligus membantu pasukannya mengakhiri liga di tangga kelapan.

Kecemerlangannya itu menarik minat Bayern Munich untuk mendapatkannya secara tetap dengan mengaktifkan klausa pelepasan €8 juta yang terkandung dalam kontraknya bersama Werder Bremen.

Selepas itu, Bayern meminjamkan Gnabry kepada Hoffeinham selama satu musim dengan tujuan memberi peluang kepadanya untuk bermain lebih kerap dan memperoleh pengalaman lebih luas.

Semusim di bawah bimbingan Julian Nagelsmenn, potensi Gnabry digilap dengan sebaiknya oleh jurulatih muda itu dan menyaksikan beliau menjaringkan 10 gol dalam 26 perlawanan liga.

Hoffeinham pada musim tersebut berjaya menamatkan saingan Bundesliga di tangga ketiga dan memastikan slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Gnabry kembali ke pangkuan Bayern pada permulaan musim 2018/2019 dan memainkan peranan penting buat pasukannya sehingga menjadi pilihan utama pengurus Niko Kovac.

Musim pertama di Bayern Munich boleh dianggap sebagai mimpi indah buat pemain berkenaan dengan menjadi penjaring kedua terbanyak Bayern dalam Bundesliga dengan 10 gol.

Gnabry menjadi nadi penting buat Bayern yang menjuarai Bundesliga, Piala DFB dan Piala Super DFL. Secara keseluruhannya beliau menjaringkan 13 gol dalam 42 perlawanan dan telah diundi oleh peminat Bavarian sebagai ‘Player of The Season’.

“Di Arsenal terlalu ramai pemain sayap pada waktu itu. [Alex] OxladeChamberlain, [Tomas] Rosicky, [Santi] Cazorla, Alexis [Sanchez], Mesut Ozil. Jadi saya perlu keluar dari situ.

“Saya cuba untuk bersangka baik yang saya akan menjadi pemain itu dalam pasukan itu, tetapi saya tidak mahu menunggu terlalu lama. Saya tidak mahu menjadi pilihan keempat atau kelima lagi.

Kredit Foto: Reuters

“Dalam bola sepak, ia adalah keputusan yang amat sukar. Meninggalkan kelab seperti Arsenal tidak mudah. Dengan penyokong dan pemain-pemain yang hebat, tetapi bagi untuk bermain lebih kerap, saya perlu berundur dan membuat keputusan yang baik untuk diri saya.”

Akhirnya, dengan statistik 32 gol dan 18 bantuan jaringan dalam 84 perlawanan Bundesliga sejak menyertai Werder Bremen berbanding satu gol dan 11 bantuan jaringan sepanjang dua setenah tahun di EPL telah membuktikan segalanya.

Gnabry malah menjadi senjata penting buat skuad kebangsaan Jerman. Beliau turut memantu Jerman meraih pingat perak dalam Sukan Olimpik 2016 dengan beliau mencatat hatrik sewaktu bertemu San Marino.

Kredit Foto: Belfastlive

Dalam 10 perlawanan terakhir Jerman, beliau telah memulakan lapan perlawanan dalam kesebelasan utama dan telah pun menjaringkan enam gol buat skuad bimbingan Joachim Low itu.

“Gnabry akan kerap bermain di bawah saya,” kata jurulatih Jerman itu baru-baru ini.

Misi utama pemain kelahiran Stuttgart itu kini adalah membawa Bayern Munich kembali gah di persada bola sepak Eropah seterusnya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah buat kali keenam.

“Musim lepas, kami mempunyai barisan pemain muda seperti Niklas [Sule] dan Joshua [Kimmich]. Matlamat kami adalah untuk terus bersaing dengan pemain senior lain di peringkat tertinggi dan kami yakin mempunyai potensi untuk berjaya.

“Adakah musim ini kami mempunyai pasukan yang lebih baik? Saya tiada jawapan. Tetapi [Philippe] Countinho, Ivan [Perisic], Lucas [Hernandez]] dan Benji [Pavard] telah riba di sini untuk memantapkan pasukan. Kami perlu ada mentaliti yang kuat untuk menewaskan pasukan-pasukan hebat yang lain.”

Bayern kini mendahului kumpulan B Liga Juara-Juara Eropah dengan rekod dua kemenangan ke atas Red Star Belgrade (3-0) dan Tottenham Hotspur (7-2).

View this post on Instagram

North London is RED!!

A post shared by Serge Gnabry (@sergegnabry) on

“Perasaan saya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tiada sesiapa yang pernah terfikir untuk menang dengan jaringan yang begitu besar. Dapat menjaringkan empat gol adalah perasaan yang luar biasa.

“Ia keputusan yang baik untuk kami, tetapi kami perlu terus konsiten untuk perlawanan-perlawanan seterusnya.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram