Serbegeth: Jurulatih Tempatan Perlu Bekerja Keras ‘Saingi’ Tenaga Import

Serbegeth

Bekas pemain skuad kebangsaan, Serbegeth Singh mahu jurulatih tempatan supaya bekerja keras dan terus memperbanyakkan ilmu dalam usaha untuk bersaing hebat bersama jurulatih import yang pada ketika ini dilihat lebih menjadi pilihan pasukan dalam saingan Liga Malaysia.

Pendapat yang disuarakan bekas Penasihat Global Blackburn Rovers itu bagi menjawab kebimbangan Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Satiananthan terhadap nasib jurulatih tempatan jika melihatkan kepada trend terkini pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia lebih cenderung untuk merekrut pengendali dari negara luar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Berita Harian (BH) Online, Serbegeth Singh berpendapat Liga Malaysia (Liga M) sebagai pasaran terbuka sememangnya isu tersebut tidak dapat dielakkan kerana setiap pasukan pasti mahu mendapat sentuhan jurulatih yang benar-benar dirasakan mampu memberikan sumbangan berkesan.

Sehubungan dengan itu, beliau merasakan jurulatih tempatan perlu berusaha dan sekiranya tiada tempat dalam pasukan, mereka boleh ‘menghidu’ peluang lain untuk mencurahkan segala ilmu yang dimiliki.

“Liga M adalah pasaran terbuka. Jadi jurulatih tempatan perlu bersaing dengan jurulatih import. Dengan persaingan yang sengit seperti ini, sudah tentu pasukan hanya akan memilih jurulatih yang terbaik untuk mengendalikan pasukan mereka.”

“Jadi, jurulatih tempatan perlu terus bekerja keras dan tambahkan lagi ilmu pengetahuan yang ada. Kalau tiada pasukan sekalipun, jangan berhenti daripada belajar.”

“Mungkin jika tiada peluang di Liga M ataupun untuk liga di luar negara, mereka boleh mencari peluang di tempat lain yang sesuai dengan bidang kejurulatihan contohnya di sekolah sukan ataupun akademi bola sepak.”

“Pihak berkaitan pun perlu membantu juga jurulatih tempatan kita. Sebagai contoh, mereka boleh bermula di sekolah sukan. Kalau pemain daripada usia muda sudah mendapat tunjuk ajar jurulatih profesional, pasti ia memberi impak yang lebih baik,” tambah legenda bola sepak negara itu lagi.

Kredit featured image: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Baca artikel lain dari kami mengenai perkembangan terkini Liga Malaysia:

Ramon Marcote: Saya Ingin Kembali Ke Liga Malaysia

CIMB, AirAsia Ucap Selamat Tinggal Buat Saingan Liga Malaysia 2021

MFL Umum Kalendar Liga Malaysia 2021

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN